Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Titis-titis Hujan

Lately, KL hujan lebat tiap hari. Dari siang membawa ke malam. Nasib baik pagi hari matahari ceria. Kalau tidak .. sesak kita di jalan raya, merah lah attendance kita.

Aiman telefon hampir jam 6 petang tadi.  
  • Mama kat mana? 
  • Ofis. Dah nak balik ni. Kenapa Aiman?
  • Kat sini kilat kuat. Tadi api trip, 'auto gate' tak boleh bukak. Aiman terpaksa panjat pagar untuk masuk rumah. Aiman risau kan mama. Mama hati-hati ye.
  • OK. Insyallah. Aiman jaga diri tau. Duk rumah baik-baik. Jap lagi mama balik. Abah pun tak lama lagi sampai la tu.
  • OK Ma. Bye. I love U.
  • I love u too Aiman. Bye.
Turun ke 'basement' ambek kereta ~ Masyallah gelapnya. 6 petang bagaikan 8 malam. Pak Guard tak bukak lampu lagi. Dalam perjalanan, hujan lebat mencurah. Air naik sana sini. Dalam hati berkata, 'Camnilah KL. Pantang hujan, water ponding sana sini. Sahlah 4WD jugak pilihan hati kalau aku perlu bertukar kereta nanti'. Hujan lebat .. kena extra hati-hati. Perjalanan 25km berjaya ditamatkan selepas 1 jam 15 minit perjalanan. Alahai .. penat. Tapi bila tengok Aiman dan abahnya sedia menunggu di laman dengan muka lega .. Bahagia. 

Hujan membawa rahmat kepada alam tatkala cuaca panas membahang sehingga kemarau. Hujan membawa bencana banjir bah tatkala turunnya tanpa belas dan simpati pada penduduk dunia. Titis-titis hujan membawa seribu erti dalam hidup kita. Dan kini, titis-titis hujan masih belum jemu membasahi bumi, masih belum berhenti.

9 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Walau penat cmana pon, melihat tersayang membuatkan kita rs bahagia..... :)

Pia said...

"kat sini pon ujan semedang la kc...kain baju bergayut dimana2..heheh..time nk amik/antar ank sekolah tu seksa sikit...abahnya bawa keta,saya kena bawa moto..tp kalau lebat sgt pegi amik/antar jalan kaki jer smbil pegang payung..so far ok lg..kalau lebat pun,bila time ank2 balik sek ujan reda sikit..Allah tu maha mengetahui..kc,kalu ujan lebat sgt tu bawa keta pelan2,"

Hudalatip said...

saya ingat hujan berterusan kat johor je, rupanya otw ke bangi malam tadi, sepanjang jalan hujan je, sampailah di bangi pun hujan jugak..hujan rahmat cuma kena berhati2 maklumlah jalan basah kan..

azieazah said...

Kat KL ni kalu ujan memang tak best.

Tapi kalu duk kampung, ujan adalah paling best, sebab boleh melompat kat laman main ujan puas-puas!

eelobor said...

dah nak sampai musim dia nie. konpem cuti saya nak kena beku untuk bersiap sedia segala kemungkinan yang akan berlaku 2-3 bulan nie

Rina Rahamat said...

husband sy pon ada ckp semalam kl banjir..kami plan nk ke kl next week

Ibu Muda 30series said...

KC nak 4wd kan...wani nak kereta yg boleh tukar jadi bot terus...haha

2 in 1 :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak chik masalah lapukkan. Bangunan banyak, sistem perparitan tak betul, manalah jabatan yang patut memantau.cakap orang tak sekolah cam cik ina manalah gomen nak dengar .kah kah kah

kakngah said...

masa pakai kete lama dulu.. tiap kali hujan mesti air tembus atas bawah.. bukan luar jek banjir, dlm kete pun banjir hihihi!!!