Baru-baru ini ada yang tanya ~ Apa Rahsia Kekal Anggun saat usia menghampiri "Life Begins at Forty". Tak da apa-apa. Saya biasa je, tak jauh beza dari anda semua. Mungkin lebih teruk sebab ada masanya dengan cik lipstick pun nafsu tak ada. Saya 'jeans addicted and fans of T-Shirt'. Kalau keluar, selesa dengan selipar or 'sandal' sahaja. Susah nak tengok saya begaya beria-ia. Kasut 5 inchi? Owh .. itu zaman gediks anak dara dulu, Sekarang tidak lagi.
At work.
Saya bizi pagi-pagi. Nak kejar dapur lagi, nak hantar anak sekolah lagi, tak cukup masa nak mekap segala. After all tak minat pun nak mekap beria-ia. Biasanya camni jer le ~ Bedak, lipstick dan celak.
At home after shower.
Saya tak kedekut untuk 'share' dengan readers tapi 'a bit worry' nak bagi tips 'openly' sebab takut disalaherti. Kang ada yang kata 'Eleh .. perasan cantek', 'macam bagus' atau 'syok sendiri'. Hihi. Tapi demi readers yang saya sayangi, jom kita berkongsi sedikit Tips di sini.
Paling penting jaga kebersihan kulit. Pilih skincare yang sesuai, rajinkan diri pakai 'moisturiser' untuk elakkan kulit kering terutama 'Working woman' macam saya sebab kita sokmo duk dalam aircond. Kalau badan nak sentiasa muda boleh kita sentiasa bersenam. Untuk muka .. tentulah dengan memakai produk yang bersesuaian dengan kita. Sesekali luangkan masa untuk menjalani rawatan muka di salun. OK. Itu penjagaan luaran ~ Colek sana colek sini .. colek tiap sudut muka kita dengan produk yang sesuai.
Dulu, bila dengar orang kata kecantikan harus lahir dari dalam, saya geli dan tak percaya. Tetapi setelah saya berubah ~ menenangkan jiwa dan rohani dengan buang sikap cepat marah dan melatah*ini sikap buruk masa muda dulu*, amalkan sikap sentiasa bermuhasabah, berfikiran positif, cuba kikis perasaan iri, amalkan sikap bersederhana tidak over sepertimana yang dituntut agama, saya rasa lebih tenang. Saya elakkan rasa iri, cemburu, dengki dan sakit hati dalam diri sebab pada saya, benda-benda itu semuanya buat jiwa kacau. Jiwa yang kacau akan jelas terpancar di wajah kita. Macamana nak nampak serinya kalau jiwa sentiasa kacau, kan? So, Tips yang ke 2 ialah Jiwa yang tenang. Ini dalaman ye. U have to work on it on your own. Orang lain tak boleh tolong.
Tips ke 3 untuk jaga kecantikan dalaman ialah dengan membuang kotoran dan toksin dari dalam badan kita melalui proses De-Tox. Bukan tiap-tiap hari tetapi sekali sekala. Ada banyak jenama di pasaran. Pilih yang sesuai. Beli di Farmasi yang terkenal dan dipercayai. Kebersihan dalaman menjana kecantikan luaran*Ecece .. ayat power ala-ala Kempen Kesihatan anjuran Kem. Kesihatan. Hihi* Owh .. BTW, untuk readers saya yang selalu tanya camna nak dapatkan kulit halus macam KC, inilah petuanya ~ Buang kotoran dari badan melalui teknik De-Tox. Jerawat dimuka sebenarnya berpunca dari kotoran dalaman. Kalau setakat cuci muka tapi dalaman tak jaga, tak berkesan jugak, kan. So, jom kita jaga dari luar dan dalam. Jangan lupa minum banyak air jernih tak berwarna*mineral water*. It helps DeTox process.
Satu lagi .. ambillah 'Food Supplement' atau Makanan kesihatan yang bersesuaian dengan tubuh badan kita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan badan dari dalam. Ada banyak produk. What suits me doesn't means suits you too, right. Rajinkan diri buat ujikaji di badan sendiri.
Last sekali, beri peluang kepada badan untuk berehat. Dapatkan tidur yang cukup. Dont overstress our body. Hmmm .. cukup lah setakat ini. Nak tau lebih-lebih kena cerita 'privately'. Hihi.