Eh .. dah bertunang dia

Monday, May 30, 2011

Yeay .. yeay .. kita dapat jemputan lagi. Kali ni Blogger dari Kayangan jemput kita ke Majlis Pertunangan satu-satunya Puteri kepada Kanda Yon & Abang Yon. So, lepas Meraikan si Kecil, kita gi raikan pasangan bercinta pulak. Kita sebenarnya dijemput pukul 11 pagi tapi disebabkan selepas Meraikan si kecil kita pergi menguruskan hal-hal duniawi, maka selepas Zuhur la pertemuan kami.

Oya, puteri tunggal Kak Yon dan Abg Yon. Waaaa .. siap ada pelamin lagi. Ai pun nak enterframe gak la, lama tak naik pelamin ni. Hihi.

Oya cantik dan manis di hari pertunangan. Kalo ari biasa pun dia memang cantek, ala-ala Barbie doll dia ni. Mata bulat ... rambut curly-curly. Ai yang pompuan tengok pun syok .. apa lagi lelaki, kan. Hihi.

Antara hantaran dari Boipren si Oya .. Eh .. tunanglah. Apa da ..
IPad, Cek RM_ _ _ _ _._ _, Handbeg Coach, Skincare Clinique dan set pepiyum Aigner rasanya. Ferrero Rocher pun ada jugak .. Juling mata kita tengok u .. sebab zaman kita Majelis pertunangan tak meriah camni. Barang hantaran kita pun sempoi jer. Hihi ..

Pintu masuk rumah Kak Yon yang tersangatlah menarik dan manis. Hmmm .. bakal jadi kenangan rumah ni sebab Kak Yon nak pindah ke banglo baru nya di Seksyen 7 tak lama lagi. Wahhh ..besar rumah. Tumpang duduk bolehhhhhh??? Hihi.

Deretan bunga ros yang cantek dan tersangatlah sedap mata memandang. Terjatuh cinta ai u. Ishh .. ish .. Gadis dan Bunga sungguh!! Hihi.

Cantek kan??? Cakap cantek cepat. Kalo tak .. takmo kawan. Hihi.

Seronok kita dijemput untuk meraikan Pasangan bahagia ini. Tambah seronok bila malamnya Kak Yon dan Abg Yon datang rumah menghantar Kari kambing yang tersangatlah sedap. Mekaseh Kak dan Abg Yon. Susah-susah aje dtg rumah kita. Ailebiulah kekanda. Hihi.

You Might Also Like

25 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here