Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hanya dia seorang - Lelaki ..

Dulu org selalu cakap 'aku rugi'. Rugi sebab tak da anak perempuan. Org kata anak perempuan bila besar nanti boleh jaga kita. Org kata 'Anak lelaki jgn haraplah.' Hmmmm ?? Camna nak komen eh??

Selepas dia dilahirkan, aku byk kali mencuba tapi tak da rezeki. Lepas tu aku redha kalau hanya dia seorang - Lelaki.

Kerana hanya dia seorang, aku train dia dia mcm anak perempuan. Pada aku, dia lah perempuan, dialah lelaki (Haha .. Mama tau, Aiman tak suka mama ckp camni) Kalau org datang, dia kena buat dan hidang air. Dia kena cuci toilet .. kdg-kdg kena mop lantai. Skrg ni tiap-tiap mlm dia kena prepare fruit juice utk aku. Wah .. mentang-mentang la aku 'Mem'. Hehe .. 

Pastu aku train dia berdikari. Dari umur 12 tahun dia dah basuh, jemur dan  lipat baju sendiri, kemas bilik sendiri, basuh pinggan sendiri. Bkn aku tak boleh buat semua tu, tapi demi dia .. utk masa depan dia. Sebagai mak, aku kena siapkan dia dari skrg. Mana lah tau, kot-kot besar nanti masuk asrama, study oversea .. sekurang-kurangnya dia bersedia, tak lah dia terkial-kial uruskan diri. Skrg lagi advance, memandangkan dia sekolah petang dan kdg-kdg aku tak masak, dia kena uruskan makanan dia sendiri.  


Aiman Yusuf @ My. Bodyguard @ Tuan Muda

Dari kecik, aku dah train dia ikut aku ke mana shj aku pegi, termasuk lah ke salun. Tak penah aku tinggalkan dia dgn nenek ke, bibik ke, baby sitter ke. Kami sgt-sgt rapat.

Skrg dia dah 14 tahun. Sudah sedikit matang dan mula tunjukkan tanggungjwb dia sebagai anak lelaki. Masa aku demam dan abah dia pulak outstation, dia yg jaga aku. Masa aku bersedih kerana kehilangan sesuatu, dia yg pujuk aku. Dulu, masa aku tertekan, menangis di sejadah selepas Solat, dia jugak yg beri kata-kata semangat kat aku. Alahai .. sebak la pulak aku ni. Hehe ..

Bila saat-saat camni aku terfikir .. Nape eh org selalu cakap anak lelaki tak leh harap jaga mak ayah?? Setakat ni aku ok. tak da masalah. Tak pernah aku menyesal takdir Tuhan. Aku syukur dan redha .. walau hanya dia seorang. Aku rasa, mungkin dah tiba masanya kita ubah cara kita berfikir - Antara anak perempuan dan anak lelaki, antara ramai atau seorg bcos by the end of the day, it's all about this - Kualiti bkn kuantiti.


p/s :- Aiman sayang, jgn sesekali lupakan ini.



29 comments:

Lydia Miza said...

Salam kak cik..mesti dia caring macam kakcik kan..LM yang jauh pun terasa kakcik caring sgt2..

p/s:nak cop aiman..nak juga ..nak juga..utk 2 anak dara LM ni.blh ke?hehehe.gurau je.

Unknown said...

bagus nye anak kak ella ni..
saya setuju dengan cara kak ella..
sebenarnye tak kira la anak lelaki ke anak pompuan ke yang penting cara kita didik dia..
kalau ada ank sepuluh pun tapi kurang didikan baik tak payah ada anak langsung...

Misz-ella said...

Yesz Lydia .. kakchik sgt2 penyayang n caring. kdg-kdg org ambek kesempatan. tak pe lah, Tuhan ada, kan.

Misz-ella said...

betul kan diana. Apa2 pun akak redha kalau hanya dia seorg.

CIK TOM said...

wow bagusnya kak ella latih anak akak...sgt bagus!

-telOrDibAsuh- said...

wa hehe..telor pon laki haha.
so so as nak laki mmg kene amik berat keluarge.

but sesetgh je anak lagi yg xleh harap hehe..

LeeAneem said...

teman pun laki2 gak...bleh je diharap...tak caya tanye wife teman...he3

Anonymous said...

oh! anak kakcik dah besar..semoga doa kakcik dimakbulkan..semoga dia menjadi anak yg soleh!

saya ada 2 anak lelaki & sorang anak perempuan..alhamdulilah...

miya said...

terfikir,, esok2 dapat anak ntah dapatkah aku mengasuh dia jadi manusia yg baik??insyaallah..

miya said...

siapa Ganesh? ikuti ceritanya:
Ganesh patahkan kerusi

ctpayong said...

kak ct pun hnya 2 dan dua2 pun lelaki. siapa kata tak mahu lebih dari itu tapi rezeki dari Allah. siapa kata tak mahu anak perempuan. bukan boleh pakai lukis2 nak lelaki/perempuan.

takdir itu indah.

wallahua'alam.

Misz-ella said...

Cik tom .. tak la bagus sgt. asas je tu.

Misz-ella said...

telor dibasuh & mohd rozaili ..

anda ber2 cth anak lelaki yg baik. keeep it up ya. Mak ayah kita syurga kita.

Misz-ella said...

Makdaraterdiva .. sama2 lah kita mngharungi cabaran seorg ibu. Semoga Tuhan merahmati usaha baik kita. Amin.

Misz-ella said...

miya, tak yah fikir2. tiba masanya miya redah aje ye dik. hehe ..

Misz-ella said...
This comment has been removed by the author.
Misz-ella said...

kak ct, betul tu, give me 5 kak*pap* tampar skrin je lah. hehe ..

Unknown said...

sama mcm kawan saya..
dia lelaki..sgt2 rapat dgn mak dia~

kin said...

cool!

lourvetravel said...

hi kak chik, hensem nye ur son sorg ni mcm mak dia cantik :)

Izan Ishak said...

kak chik...anak2 izan pun semuanya lelaki. mmg kena train buat semua kerja macam org perempuan. skrg ni blm nampak lagi boleh buat itu ini cam abg aiman...

terbayang hebatnya abg aiman buat keje cam org pompuan...untungnya kakchik~

kakrose said...

ella..akak ada 3 anak lelaki.masa2 kecik2 penat uruskan mereka.semua kerja akak sorang aje yang buat..penatnya..
Bagus ella latih Aiman berdikari. Aiman pun anak yang baik..tengok muka pun sejuk aje..suka.:)

azzey said...

kakchik@ella: itu ckp2 org je kak. insyaallah Aiman akan jd anak yg baik dan soleh!

::Budak Degil:: said...

terperasan entri ni kat link bwh tu..
tgk sape la mamat ensem nih..

woh!..aiman tak kesah rupenye..
si cocop..huhu...
rindu kat aiman..!!..
thn dpn dh fm3 thn exam kan..
akak xleh dah bawak die kua selalu..

Mek Onie said...

besaq da anak kak chik,hehe....baguih betoi nohhhanak kak chik sorang ni, bagus aiman ni.....;)

kak chik jangan kesunyiaan,sebab aiman ada....aiman tak kisah ;)

Asni Misri ❤ said...

bole jadi anak yang bertanggungjawab one day :)

cikpuanhady said...

perghh..bergenang air mata saya kak..akan saya jadikan panduan utk didik anak saya nanti..

Jom join :Ada 2 contest yang boleh disertai

Tasha said...

homai god! so sweet la..... actually my mom pun buat mcm tu pada adik2 lelaki I sejak I masuk UKM. semua diorang kene berdikari sendiri untuk nasuh baju, kemas rumah, masak semua.... hehehehe...

Anonymous said...

xtakut ke train anak cam pompuan, nnti jd gay atau fonen.. nauzubillah..