Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bila mak pegi keja ..

Bila mak pegi keja, mak tak pegi macam tu je. Mak pasti akan tinggalkan sesuatu buat anaknya yang dirumah menanti. Buat mak terlebih sentimental macam ai ni .. kata-kata nasihat, kasih sayang, doa dan restu mak titipkan sempena perpisahan sementara kita. Ele .. ngada arr ko ni Ella. Ala-ala mak romantis la konon. Itu time romantis .. time marah?? Mak aihh .. terkejut jiran sebelah. Berjiran dengan Tarzan ke apa? Hihihi.  Sebenarnya nak bagitau, sebelum mak gi keja, mak masak dulu untuk anak mak kat rumah. Tu je. Tak da la 'hot and spicy' mana pun entry ni. Hihihi.

Lepas Subuh pagi ni terus tuju dapur. 
Misi :- Main masak-masak.
Menu pertama :- Ayam Goreng Berempah.

Menu ke 2 :- Asam Rebus Ikan 'Rohu'

Menu ke 3 :- Hong Kong Sawi Goreng. Hong Kong Sawi konon .. nama mesti nak meletop, kan. Entah-entah tanam kat Batu Caves. Hihi.



17 comments:

MizzTina said...

nk duk umah kak chik la, leh rs masakan kak chik.. hehe

SURIA AMANDA said...

oh tidakkkk!!!!lapar ni....

eliyaezlinalias said...

hahahah
tak tertahan sawi batukep! hahah

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.cik..nie la dia namanya mak yg mithali..

Pia said...

"bagus la cam tu kc,tak leh ank nak kena berdikari masak sendiri..kalau tak masak agak2 nya ada ank hari2 makan maggi atau telur goreng jer...ibu mithali ni.."

Cik Bambam said...

hehehe..sama mcm mak kita..sblom pergi kerja..msti dia akan masak dulu spy anak2 dia x kelaparan..ehehhe

Kakcik Seroja said...

Kakcik nak masuk juga ke ruang komen Ella ni (skrg dr rumah). :)

Kakcik Seroja said...

Tengok... boleh masuk, kan? Dr ofis je yg bermasalah! :(

safurara said...

sedapnya ayam berempah tu akkkkkk =)

azieazah said...

Ikan rohu tu ikan apa? Macam patin nampaknya.

Kalu tak sempat masak, kena spare roti bebanyak kan? :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedapnya kak chik, bagus kak chik walau cam mana sibuk pun anak tetap diutamakan. lapau cik ina.sedap menu tu.

suri solehah said...

kak chik..bab berjiran ngan tarzan..teringat diri ini..adakah jiran ku berfikiran begitu jua huhu

Cik Lily Putih said...

kak elle,
memang hari2 masak ke? ishk kagum2 lah..

ain akasyah said...

terliuh sy tengok makanan2 tu..dah la tengah lapar rajen betul akak memasak

La ni ke yang wedding of the year 2011..ghairah sungguh

Ct Arina said...

kc, bagi la resepi ayam berempah tu! nampak menarik! ;D

el said...

wahhh sempat kc eh..kalo gini nak jd anak kc lah wakakakakaka..jd jiran pun ok gak :)

Ztee_Azwanis said...

hHAHAHA. ntah3 tnm kt batu caves erk ! gelak sorg2 baca tu...


sdapnyerrrrr nmpk ayam grg berempah kc !!