Kakak cantek dan Jem Tartnya ...

Wednesday, May 18, 2011

Hari Khamis minggu lepas, kita 'dinner' dgn Kakak Cantek. Dia sms kita ari Selasa tapi sebab kebizian melanda ...tak terjawab sms dia. Eeee ... sungguh tak sopan, kan. Sib baik dia paham kita. Hihi. So, i plan to meet her on Wednesday. Rabu dia lak tak da .. Hanis je yg ada kat rumah katanya. Postpone agenda 'dating-dating' to the next day. Hari Khamis, wahhh .. kita dengan selambanya ke gym. Habis gym dpt sms dari Kakak cantek. Haiyooo .. byk sgt benda dlm kepala .. boleh pulak terlupa 'dating' kita. Sib baik kakak cantek anta reminder. So, vrooomm lelaju. Sampai rumah mandi manda dan suh Aiman temankan. Kita penakut malam. Hihi ..
Dinner kat Show Ru, Kelana Jaya. Cam tu kot ejaan dia?? Hihi. Wah .. terasa diri sungguh rendah dan gebu bila bergandingan dengan Model 80an yang tinggi lampai. Hihi ..

Alisya comel, manja, mesra kamera dan malu-malu tapi mahu. Hihi. Anak-anak Kak Nani sume pemalu sebenarnya. Kalo org tak kenal, mesti ingat diaorg sombong, sebenarnya 'pemalu' bukan sombong. 

Jeng .. jeng .. jeng ... Tujuan jumpa sebab nak ambek dia ni. Jgn jeles ... Kak Nani buat special for me. Mekaseh byk-byk kak. AILEBIU lah. Hihi. Khamis malam Kak Nani bagi, sok paginya kita senyap-senyap bawak gi opis. Ingatkan Aiman tak minat, tetiba dia kol tanya. Sib baik ada lagi. Hihi. Kita ngap sebijik demi sebijik. Sekali ngap 3, 4 bijik. Sedap korang.. Pastry nya lembut dan gebu, inti banyak dan yg penting sedap. Memang tak kedekut dan save cost punya lah cara Kak Nani ni. Nak?? Tak da dah .. licin sudah. Nak order? Ce tanya Kak Nani sendiri. Hihi 

Alisya dan Mamanya. Ecece ... Alisya. Sampai terlentok dia. Hihi.


You Might Also Like

25 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here