Hati yg luka ..

Monday, December 27, 2010

Paling susah nak elakkan diri dari terluka. Last week, ada 2 insiden yg buat hati terluka. Pertama tentang blog .. Kedua about friendship. 


Dont worry, tak da isu dengki mendengki di sini. Tak da org lah nak dengki dgn blog tak semenggah aku ni. Lain la kalo blog femes emes atau meletop-letop .. ada je yg sakit ati. Ni isu lain. 'Too private to share it here', tapi mmg cukup buat aku terasa dan tergerak nak tutup blog ni. Tgk la camna nanti, kalau tetiba aku berhenti menulis ...


Yg ke 2, bila kebaikan yg kita buat seikhlas-ikhlasnya, org ambil kesempatan .. patah hati rasanya. Tapi tu lah, aku bkn hati batu. Walau hari ni terluka, esok aku tetap senyum menyapa. Nak tanya ni .. Apa korang buat bila terluka eh?

Aku? Biarkan saja. Tak kuasa nak balas dgn melukai. Bkn kaki gaduh. Lgpun kalau dibalas, apa bezanya aku dan dia? Moga Tuhan bagi kita kesabaran dan kekuatan utk menghadapi segala-galanya. Amin.




p/s :- when i was 20, i wasn't like this. Graf kesabaran dn kematangan dh makin naik kot?

You Might Also Like

13 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here