Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bila kita ikhlas, Tuhan beri ganjaran tanpa dipinta.

Seharian bersama bonda tersayang. Dari kecil, kita disogokkan dgn cerita-cerita yg menggambarkan bahawa  mak tiri jahat, mak tiri berpura-pura dan tak ikhlas menyayangi kita, sehingga ramai yang percaya. Dari pengalaman aku sendiri, sume tu dusta semata-mata.

Kerana aku punya seorang bonda tiri yg ku panggil "mama", yg mempunyai hati yg sangat baik, menyayangi kami dgn ikhlas dan menerima kami seperti anaknya sendiri.

Betul kata-kata orang. Setiap yg baik akan dibalas dgn kebaikan juga. Sedari umur 12 tahun kami diajar utk menerima 'dia' seperti ibu kandung kami sendiri. Panggilan mama diberikan buat 'dia', sama seperti panggilan buat ibu kandung kami sendiri. Layanan yg sama kami berikan pada ke dua-dua ibu, tanpa berbelah bagi, walaupun ramai yg cuba meracuni fikiran kami. Bersyukur kami pada Tuhan kerana diberikan jati diri yg kuat, pendirian yg teguh, tidak sesekali pun kami terpengaruh dgn kata-kata mereka yg dekat dengan kami. Bkn sedikit cabaran dan halangan yg terpaksa kami lalui dlm membina keakraban dengan mama. Dgn harta abah yg byk, mcm-mcm kata org yg terpaksa mama telan. Mcm-mcm hasutan yg cuba disampaikan kepada kami. Syukur Alhamdulliah .. kami tidak terpengaruh dgn kata-kata org, sebaliknya kami menilai keikhlasan mama dengan mata hati kami sendiri. Kalau hati kita bersih, Tuhan buka pintu hati kita untuk melihat kebaikan dan keikhlasan walau disogokkan dengan keburukan. Tapi kalau hati kita hitam, yg putih jernih depan mata pun kau tetap akan buta dan tak bisa melihatnya.

Tiap kali kami pulang ke kampung, tidak pernah dia membezakan kami. Kami bisa makan sepinggan, tidur sebantal dan berbual semalaman. Ada kalanya kami rasa lebih akrab dengan mama dibandingkan dengan abah. Kdg kala terasa seolah-olah abah kecil hati dgn kami sebab setiap kali pulang ke kampung, kami akan berada di mana shj mama berada. Di dapur bersama, di dalam bilik bersama, di halaman bersama, di ruang TV bersama .. nasib baik di 'kamar kecil' tak boleh bersama. Hihi ..

Buat mama .. Terima Kasih atas kasih sayang yg mama curahkan pada kami. Terima Kasih kerana menyayangi dan menerima kami seperti anak mama sendiri dgn seikhlas hati. Terima Kasih kerana ingat dan selalu menyediakan lauk kesukaan Kakchik setiap kali Kakchik pulang ke kampung. Terima Kasih kerana telah berpenat lelah dan bersusah payah demi kami selama ini. Terima Kasih atas segala-galanya ma. Sesungguhnya, Mama kami anggap sebagai satu anugerah dari Tuhan. Terima Kasih juga kerana telah belikan kami adik beradik kain yg 'super mahal' ber gred A hari ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas segala kebaikan yang telah mama berikan pada kami selama 25 tahun ini.

Bila kita ikhlas menerima tanpa sekelumit titik pun dalam hati, ganjaran datang sendiri tanpa dipinta.  Duit dan harta boleh dicari tapi kasih sayang dan keikhlasan tidak dijual walau di Pavillion atau E-bay sekalipun. So,which is your choice?? I go for kasih sayang dan keikhlasan .. itu yg paling utama.

May God keep me at the right track always. Amin.





15 comments:

Anonymous said...

hm...
bagus2!
semoga bahagia slmanya

ummi_khalish said...

alhamdulillah...touching dil bace kak...teringat nenek tiri yang x penah dil anggap tiri,sebab sangat baik juga...semoga kita entiasa dikelilingi org baik-baik..salam ukhuwah kak...:-)

ctpayong said...

salam.
jenguk tajuk sahaja, kak ct sudah setuju. lebih fascinate yg ella maksudkan keikhlasan seorang ibu tiri yg rata2 tidak mudah utk mendapatkannya. tahniah utknya.

Pepel BoNda AmaNi said...

alhamdulillah..menyentuh hati dan perasaan bila baca...semoga kebahagiaan nie akan kekal selamanya..amin..

aibaks said...

wa... bestnye dapat jumpe bonda.. aibaks da lama tak balik kampung.. huhu

Anonymous said...

baguslah mcmtu.. :)
dulu2 mase kecik2, kalau kitorang degil2..mesti mak ckp " esok mak dah mati, nak mak tiri ke???" terus kitorang nangis2..yelah..sbb selalu takut dpt mak tiri mcm citer bawang putih, bwg merah.. :)

Gayahspears said...

setuju dgn k.ella~
buat baik akan dibls baik~


sedih bacanya...
tu la pengorbanan ibu kan???

AngahSayang2314 said...

wahhhh bestnyerrrrr jumpa bonda yer..
bila dah lama tak jumpa sekali jumpa mesti tak abis cet cit kan???

Kak Amy said...

As'salam..

bagus2!
semoga bahagia selamanya

::Budak Degil:: said...

senyum dengan ikhlas...^_^

miya said...

syahdu...

entri baru:
maaf kawan, jangan cari aku!
makcik letak kaki di celah kangkang apek itu

azzey said...

kakchik@ella: jasanya tetap macam seorang ibu kandung juga kannnn....

theblabber said...

OMG!! I love what you write here kak!!

keep writing good stuff like this ya :)

Misz-ella said...

thnks blabber .. what u experienced b4 is what u are today.

Mcm2 org ckp abt my Stepmom but by the end of the day, it's your life. U decide. Dnt let others influence u.

Maria James Chayak said...

i believe not everything is stereotype, this is one of the example :)