Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Serabut!!

Kepala serabut sebenarnya. Jauh dalam hati .. sebenarnya ada rasa tak puas hati. Saya pujuk hati supaya terima hakikat .. tak putus-putus saya bagitau hati .. "Bukan semua yang kita nak .. kita boleh dapat". Tapi tu la .. kita manusia, kan. Mulut kata terima tapi nak pujuk hati supaya menerima, tak mudah sebenarnya. Merana sementara. Mudah-mudahan .. lambat laun .. saya boleh terima dengan hati terbuka dan tak lagi terluka. Amin. Hmmmm ..  tengok entry dari pagi tadi sume ceria, kan. Biasala saya .. tak suka melayan perasaan so .. mcm tak de apa-apa padahal hati bergelora. Lagipun entry-entry tu ada yg dah duk dlm "Draft" 2, 3 ari lepas. Tinggal 'make over' sikit-sikit jer.

Eh .. mengantuk la .. mau tido. Sebelum tido, jgn lupa sapu krim mata. Saya punya yang bawah ni ha. Nak secolek mari ler. Hihi.




13 comments:

Jank said...

lelaki bole pakai ke kakchik, asyik tido lambat je mate pon dah lebam haha

diana said...

kakchik..
harganya berapa??
kita nak beli jugak la..
tengok mata kakchik ok je..
kita punya mata ni dah macam batman dah..

Cik Ina Do do Cheng said...

ooo itu rahsia bawah mata kak chik tak lebam ye. estee lauder ni mahalkan.

Ct Arina said...

rajin kc jage mate. rina x rajin pun. huuu

Mak Wardah said...

Kak chik,

Effective ke? Kalau effective nak cuba.

Mak Wardah said...

Kak chik,

Effective ke? Kalau effective nak cuba.

eliyaezlinalias said...

kakak takmo serabut okeh! muahxxxx

Farah Shamsudin said...

patutlah kc xd eye bag..:) ini rahsianye yee..

rara pinkmafia said...

heee.pujuk diri sendiri tu penting akk,rara pon kalau takpuas ati,mesti pujuk diri sendiri,tp dlm hati bergelora.

Aku Ibu Muda said...

tak penah pakai krim kt mata:)

risa said...

alahai..kalau ada benda serabut dalam kepala memang tak lena je kakchik...macam org bercinta tu..mandi tak basah tidur tak lena..kena kasi settle kak baru aman hidup hehehe

Anonymous said...

seeloknya muhasabbah dulu, mungkin ada hikmahnya apa yg kita nakkan tu tak dapat sekarang

Peri PiA said...

xmo serabut k hihi