Sihat dan bahagia.

Thursday, June 30, 2011

Saya selalu bagitau kawan-kawan rapat .. tiap kali lepas solat, jangan lupa doa dua perkara untuk diri kita  ~ Nak sihat dan bahagia.
Sihat penting. Dengan kesihatan yang baik dapat lah aku beribadah kepada Mu dan berbakti kepada keluargaku ~ Lebih kurang camtu la doa saya.
Bahagia juga penting. Bahagia beri kita ketenangan jiwa yang tak boleh dibeli di mana-mana. Ketenangan jiwa melahirkan airmuka yang bersih, hidup yang indah, tiada cebik bibir, tiada dengki, tiada iri di hati. Bila bahagia, kita akan bersyukur. Rasa syukur dengan apa yang kita ada akan membuatkan kita tidak akan mengejar dunia semata-mata .. tidak akan tunduk pada keinginan dan kehendak nafsu yang tidak akan ada penghujungnya. Kalaulah kita boleh dapat kebahagiaan ini .. mesti hidup ini indah, kan.

Tapi, nak dapat kedua-dua tu bukanlah mudah ..  sebab Allah SWT tidak pernah menjanjikan kesempurnaan tiap insan ciptaanNya. Sebab tu back to what i said just now .. Kena selalu Doa .. Doa .. dan Doa lagi.

Hmmm .. sekadar mengingatkan diri sendiri .. bukan cuba nak jadi Ustazah. Hihi.

You Might Also Like

10 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail