Tuesday, January 25, 2011

Turap jalan mcm tampal baju koyak

Kerja-kerja penurapan jalan sedang dijalankan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Bagus. Diaorg naiktaraf jalan utk kemudahan kita. U like? I like. Sapa yg tak like, kan. Nama pun utk kemudahan kita. Yg i dislike ialah .. ada sesetengah tu, dia org turap jalan mcm tampal baju koyak. Tak lama lepas turap, dah berlubang balik. Mana yg buat betul-betul ok lah. Siap dgn 'patching and milling' sekali. Tapi mana2 yg mcm melepaskan batuk di tangga, haiyo .. cannot tahan lah. Hari ni resurface, tak lama pastu dah mcm 'roller coaster' balik.


Kalau 'pothole' lagi teruk. Diaorg curah 'premix' kat tempat berlubang tu je. Tak buat 'base' dia betul-betul. Lalu je 2, 3 lori berat, mendap balik jln tu. Benda camni jadi kat byk tempat tau, termasuk la kat area bertaraf '5 star'. Depan Kensington Park, dekat Sunway Damansara .. byk tempat lagi lah. Dah byk kali kan kita baca kat suratkabar, tengok kat TV. Boringkan? Mula-mula bahagia .. pastu derita. Haha ..

 ~ Gambar hiasan semata-mata ~

U see .. u see .. My car bill.  Pasal jalan rosak la ni. Hihi ..

So, korang lebih kan tumpuan di jalan raya ye, nak pulak yg naik moto. Kesian korang  kalo tetiba masuk lubang. Dah 1 hal kena kuar duit utk repair moto tu. Jalan sekarang ni dah tak 'cun' mcm dulu lagi lah. Hati-hati ye korang. Banyak lagi duit nak ke lain, kan. Cuba tengok bil aku tu .. dkt RM1500, buat sopink lagi bagus, hilang stress i u. Hihi ..






20 comments:

Encik MamaT said...

itu la.. hmm.. bahaya gak tu... jalan duta mas ke apa jalan tu nak g segambut.. haiyoo.. terukkkkk...

makdara TERdiva said...

memang betul tu KC..macam dlm berita pasal LTDL aritu..tngh shiok2 berkayuh, boleh jatuh sebab jalan lubang2..haishhh!

AngahSayang2314 said...

ye la betul kata kak chik shopping lagi best.. kan?? tapi kak chik angah naik motor gak ..hehehe

Ujang9897 said...

bapak la...bak sini duit tue..hihi

Lagenda said...

Uikss.. Lagi manyak bil repair keta tuh!

Ati Masrif said...

jalan2 kat selangor lani
makin teruk..
hairan mana pi duit utk jalan raya?

Melati Qistyna's Mummy said...

sabo je lah kakchik oiii.... nak buat guane.... dh kena naik dia hr2 kan... xnak bil byk kalu, moh kite nek LRT :P

azzey said...

Byk tu kak..RM1500...

Aku Ibu Muda said...

hurm...jalan kampung kat rumah wani ni kan kak...ari ni turap, 3-4 bulan nanti berlubang balik..huhuu

ni baru turap balik (kes nak pilihan raya kot)

tiefazatie said...

isk..kat mana2 pun mmg jln bertampal2 nie..nie lagi kalu ifa nak balik melaka..dr kt..isk2..mau pengsan2 dlm keta nie..hihi

Mama Zharfan said...

mahal betul kos maintenance keta ni...ribu raban tu...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

btoi2 ambik duit tu buat soping lega kan...

diana said...

1500 tu kakchik..
boleh beli rantai tangan yang baru..
hheh

toyolkiut said...

dr satu sudut bila pakai kereta ni la..
sesekali servis, fuh..
dan mmg geram bila lalu jln bnyk masalah ni..

norh said...

1500..huish..panjang list kalau gi shopping ni..

Woofer Storm said...

jom merempit pegi kerja kak chik.heeee kalau blnja makan nasi lemak ni,lagi bgus kan??hehee

ozzy said...

Assalam..

Patutnya setiap kerja mrk mestilah ada pihak yg investigate & kalau mrk x ikut spesifikasi patut disenaraihitamkan.. kalau x isu yg sama akan berulang..buat kerja sambil lewa asal tampal sudah.

Maria James said...

peerrggghh!
cost u cash ya KC. hahahahaha

same problem anywhere. :( uh

deAnza-wAnda said...

huish... jalan camtuh memng bg masalah kt sumer owang kan kc??

Adzrien Shoppe said...

jalan punya pasal..duit kita byk keluar