Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hidup memanglah penuh dgn cabaran

Seriously this week adalah sgt-sgt mencabar. Another 2 weeks before the big event. I am so tired tapi ikhlas, rela dan redha demi yg tersayang. People came to us for help because they are comfortable with us, rite. Kalau dia tak selesa dgn kita mesti dia tak mintak tolong kita, betul tak? Penat sikit takpe, moga-moga dapat pahala. Tambahan pulak kalau yg kita tolong tu bukan org lain, kesayangan kita sume tu. Chewah .. tengok la aku tgh motivate diri dalam menangani kepenatan dan ke 'stress'an aku. Hihi ..

Pagi Isnin b4 gi keja. Tengah 'frust' sbb keta tak 
boleh start. 

Ayam masak kicap berempah buat Aiman tersayang

Asam rebus Ikan kembung. My In Law panggil
Asam pedas sebab dia org Utara. Mana2 lah, janji sama. Hihi ..

Sebenarnya dalam hidup kita ada pilihan, kan. Aku boleh je bersenang-senang, tak payah masak sebab anak sorang, bagi je dia duit poket suruh dia makan kat kedai. Tapi sebagai mak, aku tak sampai hati. That's why i make a rule, dalam seminggu kena gak masak sendiri 3 atau 4 kali.

Cakap pasal cabaran kan, mcm-mcm dah aku lalui sepanjang 38 tahun ni. Bkn senang nak senang dan bkn semua yg kita nak kita boleh dapat. Walauapapun kan, i should thank my parents especially mama sebab hasil didikan dia yg jadikan aku sekuat ini. Korang, kalau mama korang ada lagi kan, rajin-rajin la tgk muka dia eh, senyum kat dia. Ustaz ckp kalau kita buat camtu, kita senang dapat pahala. Kalau dia dah 'tiada' rajin-rajin la kirimkan pahala kat dia. Baca Al-Fatihah utk dia hari-hari. InsyaAllah hidup kita dirahmati. Amin.


23 comments:

Ibu Muda 30series said...
This comment has been removed by the author.
Ibu Muda 30series said...

kak chik-muka frust pon senyum je lagi..hihi

kalau lah saya, masam mencuka dah tu...ahaha

aishareoils said...

makanan itu penting.....hehe

Browacana said...

untungnya dapat mak macam kak..:)

Ujang9897 said...

nie yg geram nie...kak chik masak ayam utk saya jugak..tak kira..nak gak, jgn bagi aiman..sbb nanti dia ckp

" aiman tak kisah..."


hehe

Anonymous said...

kakchik, mak saya duduk jauh..takleh nak senyum hari2..leh call hari2 jer...sob..sob..

theblabber said...

biasalah tu kak. hidup penuh pancaroba.AND the ayam looks seriously tempting

p/s: anyway, i think you are one of those i mentioned in my latest entry. tq sooo very much :)

mr.curly said...

ceh3..gambo yg 1st tu, cam betul2 je ade sangkut bunge kt pale..hehe..tp bab tazkirah yg last tu yg wat wa xtahan sodih ni..maklumle wa ni kan ank mak..huhu

alyaa kamil said...

hidop ni byk cabaran kan kak?cabaran tuh la yg menjadikan kite dewasa...senyum sokmo:)

Unknown said...

terima kasih kerna mengingatkan kita k'chik..bila rindu kat arwah abah kita baca fatihah kat dia hari2..huhu..

Ct Arina said...

tgok la ayam masak kicap berempah tu. sob sob (T_T) untungnye aiman.

neni izazi said...

baca entry akak ni buat saya rasa xsabar nk jadi mak plk...skrg baru belajar menjadi isteri, baru belajar masak.thanks untuk berkongsi rasa.

Desk Of Carlo Santeekee said...

Salam..

Ye Kakchik.. setuju sgt2.. sy paling rapat ngan mak sy.. ms kecik kalo xleh tdo sy menyelit tdo sebelah mak sy.. eh.. terlebih info ke? (^_^)

Nadia said...

yaa blah utaqa mang panggil asam pedas :) sedap wooo taruk kuah bnyak2 buh nasi sikit makan awwww sedapnya :)

aibaks said...

nak skit ayam berempah tu leh ke?

AngahSayang2314 said...

sedapppp nak ayam tueeeeeee

Misz-ella said...

@Curly .. cepat tepon mak. mak windu tu.

@theblabber .. tq so much to u too. Ikhlas dunia akhirat eh.

@Ujang .. kena rebut dgn aiman cos dia peminat ayam.

azzey said...

Sayu bc nasihat akak tu. terus teringat my mum kat kpg. tq kak...

Mama Zharfan said...

part last tu sgt touching ..:( me dh sethn lebih tak jumpa my mom ni
my late dad memang me sekadar dpt kirim bacaan ayat2 quran ajer :(

Maria James Chayak said...

kite jauh ngan mama.
:(

mama nun kat sarawak kita pula kat pahang ni.. ngeeee~

sedih plak ingat masakan mama. wawawa!

sedih sedih sedih..

Mat Gebu said...

Terbekana pada asam rebus tu....huhu..

Woofer Storm said...

mama sy dah tkde kak chik,sjk 2006 lagi... rndu ttp rndu,tpi yg pntg sllu doakan moga dia tenteram disana..amin3
tapi kak chik,mcm mna pnt skli pun juadah tu ttp ada kan??nyummmmmm.heeeee

Anonymous said...

lah...awat kakchik x habaq in law org utara nie....