Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Melayu tetap Melayu lah.

Kalau dilahirkan sebagai Melayu, akan kekal sebagai Melayu sampai ke akhir hayat. Walau jauh kita berkelana di bumi Tuhan, walau dengan siapa kita berkawan, walau tinggi manapun darjat dan pangkat, kita tetap Melayu yang kaya dengan adab dan adat. Jangan sesekali kita lupa asal usul, adat dan adab kita sebagai Melayu. Bebanggalah kita menjadi Melayu yang kaya dengan adat dan budaya. Melayu yang penuh dengan adab dan sopan, berbudi pekerti, hormat menghormati antara satu sama lain. Darah Melayu tetap mengalir dalam diri kita ~ takkan jadi Orang Putih walau itu yang kau mahu. 


p/s :~ ni utk org Melayu yg tetiba rasa setaraf Omputeh, nak lifestyle cam Omputeh ~ pastu hina bangsa sendiri. Tak sukalah!!





17 comments:

iwan_dextrous said...

melayu mudah lupa~~~

Encik MamaT said...

hehee... awat jadi mcm tu ... sekeh kepala skali...

Pakwang said...

betul2x.... yang duk malaysia nie n tak pernah p ngara omputih pon dan megalahkan org putih....

Mama Zharfan said...

memang tak sedar diri lah melayu yg mcm tu..tp ada jer kan manusia2 gitu..dunia2

eliyaezlinalias said...

eleh! ngaku matsaleh pon smbal belacan makan gak kan?????

Cempakamelati said...

Bagi saya, orang Melayu dan orang Malaysia tetap yang terbaik.

Anonymous said...

hurm...banyak dah orang camni kakchik... culture shock tuh...

Mat Gebu said...

Betull tu kak chik. walau pun pakcik mat 1/2 malay and 1/2 peranakan, but i consider my self as a malay lah kan senang crita, kalau baba nyonya pun depa cakap melayu juga, silap2 lagi fasih dari melayu ori...siap pantun lagi...hehe...

theblabber said...

kakchik, letak butang like!! saya nak like entry ni..haha :)

Maria James Chayak said...

benar kata dr m melayu mudah lupa.
uh sapa tuh?

jangan buat teladan.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

btoi2 kakcik jaga lah adat susila kita...

Ogy said...

entry yg ringkas tp padat..sampai maksud...i loike....kenapa ek..malu ke dilahirkan sbg org melayu? isk2

logorithm said...

@deAnza: Culture shock ker culture syok? Hehe...

BUNGA said...

kak chik.. saya org jawa.. hehe

azzey said...

Saya bangga jd anak Melayu....:)

Unknown said...

wah2..ayat tak bleh ni kak chik..haha..

Misz-ella said...

habis tu kwn-kwn .. nak wat camna? org camni, kan baru balik oversea dah rasa diri hebat. dah rasa adat melayu ni ketinggalan, dah rasa kalo tak socialize cara omputeh dgn berparti-parti .. maknanya kita ni kekampungan. mula la dia kutuk bangsa sendiri.

patut ke rasa camtu? byk cara utk socialize kan, dgn cara islam, cara melayu. Apa da ..