Kita sebenarnya tak kurang dgn kasih sayang

Wednesday, January 26, 2011

Pernah rasa mcm org tak sayang kita tak? Masa kecik dulu, selalu rasa mcm mama tak sayang aku. Mama selalu lebihkan adik. Sikit-sikit adik (my adik perempuan muda setahun dari aku). Aku tak faham kenapa sampailah aku besar.

Bila usia kian meningkat, aku tanya mama apa sebabnya. Lebih baik bertanya dari terus berprasangka, nak pulak pada mak sendiri. Kan dia Syurga kita.


~ Mama jawab mcm ni ~ 
Mama syg semua anak mama termasuklah KC (kakchik) dan antara semua anak mama, KC yg paling baik, paling tak menyusahkan mama, paling berdikari dan paling pandai jaga diri. Adik masa kecik ada sawan tangis. Mama terpaksa lebihkan perhatian pada dia. Walaupun masa tu umur KC baru setahun, KC seolah faham yg mama susah hati dan penat menguruskan adik, KC tak byk kerenah. KC cuma akan berbunyi kalau lapar dan buang air. KC anak yg paling kurang kena marah dan kena pukul sebab KC memang baik dari kecik dibandingkan dgn anak-anak yg lain. KC tak nakal dan tak buat hal. Memang KC anak yg paling menyenangkan mama dari kecik sampai besar. 

Aku terdiam dgr jwpn mama. Baru tersedar yg aku dianugerahkan Allah SWT dgn sikap positif seperti itu ~ anak yang taat dan menyayangi kedua org tuanya, menyenang dan membahagiakan kedua org tuanya sedari 'baby' lagi. Alhamdulillah. 


Sikap berdikari dan tak suka menyusahkan org aku bwk sampai skrg. Aku jaga sendiri anak aku, uruskan sendiri kehidupan kami tanpa sedikit pun berharap pada org lain. Biar penat, biar menangis, aku tetap cekal mengharung tiap dugaan dan cabaran kehidupan. Hingga sekarang, ada lagi adik beradik aku yg masih bergantung pada org tua, masih ada lagi yg sering menyusahkan hati mama dan abah tapi tidak aku.

Bila usia kian meningkat, aku makin matang, aku makin faham. Aku makin mensyukuri anugerah Allah pada hambanya. Aku makin sedar yang kita sebenarnya tak kurang dgn kasih sayang. Walau di sini kita 'rasa terkurang', tapi Allah lebihkan di sana ~ punya bonda tiri  dan arwah ayah mertua yg sangat menyayangi ku. Bersyukur kerana dikelilingi sahabat-sahabat yg menyayangi, dikelilingi org yg baik-baik, yg sudi dan ikhlas menghulurkan bantuan tanpa perlu aku meminta-minta. Sentiasa ada yg sudi menghulur salam persahabatan dan aku sambut dgn penuh keikhlasan. Tuhan maha kaya, maha adil dan saksama pada tiap hambanya. 


Bila toleh ke belakang, rasa bersyukur dgn pengalaman lampau ~ kerana ianya menjadikan aku insan yang lebih kuat pada hari ini. 





You Might Also Like

32 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here