Sampahkah entry-entry kita??

Friday, February 25, 2011

Semalam, 25hb Februari 2011, genap setahun usia Dari Jari-jari Halusku. Tarikh yang sama tahun lepas, aku mula menulis. Semalam jugak, masa BW kat blog kawan-kawan, terjumpa 2, 3 blog menyebut perkataan 'sampah'. Buat org yg suka berfikir macam aku, perkataan 'sampah' itu telah membuatkan aku berfikir jauh .. jauh .. dan jauh lagi.

1. Sampahkan entry-entry kita?
2. Kenapa dan utk siapakah kita menulis?
3. Ke mana hala tuju tulisan-tulisan kita?

Sempena setahun usia blog aku ni, aku ingin bermuhasabah blog aku ni berdasarkan kepada 3 soalan di atas. Aku fikir sepanjang malam sebelum tidur. Dan kesimpulan yang aku dapat ialah :-

1. Sampahkan entry-entry aku?
Entry aku bukan sampah tapi adalah catatan perjalanan hidupku yg ingin ku titipkan disini. Tidak pernah aku berharap yang ada org akan suka dan berminat dengan perjalanan hidupku yang biasa-biasa. Tidak ada yg hebat serta istimewanya perjalanan hidupku ini. Hanya seorang ibu, isteri, sahabat dan kekasih buat teman-teman yang menyayangi aku.

2. Kenapa dan utk siapakah kita menulis?
Bukan kerana terikut-ikut atau nak bersaing dengan yang lain. Tak pernah terfikir nak tarik perhatian org, tak pernah target 'income' 5 angka. Tak pernah aku jadikan sesiapa pun Idola tapi aku hormat tiap misi dan matlamat yang blogger lain tetapkan dalam berblogging. Tidak juga untuk popular dan glamer*perlukah*? Apa yg kami miliki sekarang sudah memadai untuk membesarkan seorang anak, berbakti pada bonda tercinta dan menabung untuk bekalan hari tua kami. Dalam usia 38 tahun, sudah ada perniagaan sendiri dan dalam waktu yg sama, masih makan gaji di tempat aku bekerja sekarang. Sudah memiliki rumah, tanah, kereta yang bukan diwarisi tapi hasil titik peluh sendiri. Tidaklah semewah hidup yang kaya dan ternama tapi at least aku dapat apa yang aku hajati. Rezeki Allah S.W.T. Syukur. Alhamdulillah. Dan hakikatnya, aku tak pernah teringin dan berimpian utk hidup bermewahan begitu. So .. apakah jawapannya? Jawapan aku hanya satu ~ "SUKA-SUKA". 

Untuk siapa tulisan2 aku? Untuk tatapan sang anak, buat kenangan teman dan semua kesayangan di kala aku tiada lagi di bumi ini. Aiman anak tunggalku, dia tiada adik beradik lain utk berkongsi kenangan dengan ibunya*sedih .. bergenang airmata*. Satu hari nanti tulisan-tulisan ini bakal menjadi penyambung kasih antara kami. Biar dia tahu ketabahan dan kekuatan ibunya mengharungi susah payah, jerit perih hidup ini dalam membesarkan dia  tanpa mengharapkan bantuan dan belas kasihan orang lain. Ye, aku sangat berdikari.

3. Ke mana hala tuju tulisan-tulisan kita?
Tak da ke mana-mana. Mau dijadikan bahan rujukan? Blog aku ni langsung tak layak. Lebih layak lagi blog masakan Cik Mat Gebu yang dijadikan rujukan oleh mereka-mereka yang mahu ke dapur. Sungguh mulia taraf blog Cik Mat. Yang aku nampak hala tuju tulisan-tulisan aku ini adalah anakku. Hanya dia.

OK. Cukup sudah aku bermuhasabah. Bergenang gak airmata terutama bila sebut 'anak'. Tiba masa utk back to the reality ~ Nak bersiap untuk High Tea yang dianjurkan oleh officemate. May u have a good wiken, my fren. Moga sentiasa berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah S.W.T. Amin.


You Might Also Like

23 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here