Ayam Masak Serai dan Rahsia semalam.

Tuesday, February 22, 2011

Nak tau satu rahsia?? Ikan Talapia Masam Manis tu sebenarnya aku masak dalam keadaan kelam kabut dan 'rushing'. Aku terjaga pukul 6:55 pagi semalam. Kelam kabut beb .. Solat Subuh pun terlepas. Tu la akibatnya kalo sokmo suka 'Take 5' atau dlm bahasa yg lebih mudah difahami 'Jap eh .. lagi 5 minit'. Padan muka terbabas. Pagi ni, henfon berbunyi je cepat-cepat mataku terjegil. Sumpah tak berani buat lagi. Haha ..

Ayam Masak Serai buat santapan En. Bodyguard sepulangnya dari sekolah nanti.

Mula-mula dapat resepi ni dari adik ipar belah abah Aiman. Tapi aku adjust sikit. Dia kisar serai sampai hancur tapi aku ketuk je. Senang sangat nak membuatnya. Kisar halus cili masak dan bawang besar (nak pedas boleh tambah cili kering atau cili api). Goreng dulu ayam tu separuh masak. Pastu tumis bahan yg dah kena mesin tadi .. masukkan serai yang diketuk. Bila serai dah kering, bau dia pun dah naik, masukkan ayam dan asam keping. Seimbangkan dengan garam dan gula. Senang, kan. Nak lagi senang kita naik dua kuali sekaligus. Satu goreng ayam, satu lagi masak sambal. Aku sokmo buat camtu. Sebab i buru-buru u. Hidup i kan mcm 'Emejing Res'. Mcm-mcm benda nak dibuat .. mcm-mcm org nak dilayan. Well, life is a choice. Takda org paksa aku jadi Chef atau bibik di rumah sendiri. Tapi .. dah aku bahagia dan rela dgn buat benda-benda tu. So, Emejing Res pun Emejing Res lah. Pe salahnya, janji bahagia. Kan korang kan ... Haha.

You Might Also Like

22 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail