Semalam jumpa dia ~ kawan lama yang masih kekal mesra. Kita jumpa dan cerita. Cerita tentang kita dan tentang dia. Aku dengar dengan minda yang ku buka seluas-luasnya. Ada cerita gembira .. ada cerita duka .. yg buatku terpaksa menahan gugurnya titisan airmata.
Maha Suci Tuhan ... yg mencipta perempuan ini dengan seindah-indahnya. Betapa cekal dan tabahnya dia menempuh ombak dan badai dalam mempertahankan mahligai. Betapa dia terus tersenyum meski jiwa kacau bilau. Bukan calang-calang org bisa melalui dugaan seperti dia.
Aku dengar bait-bait ayat dengan penuh minat. Bermula dari ayat pertama, setiap 'koma' hingga ke titik terakhir. Meski tak puas bertukar cerita, kami tetap harus berpisah kerana saat perpisahan tetap datang tanpa diundang.
Semalam, aku pulang dengan satu pengajaran ~ Yang cantik luar, belum tentu di indah di dalam. Yang kita lihat erat berpimpin tangan belum tentu hidup menyulam cinta ~ kerana status mengatasi segala-galanya.
Semalam, aku pulang dengan satu pengajaran ~ Yang cantik luar, belum tentu di indah di dalam. Yang kita lihat erat berpimpin tangan belum tentu hidup menyulam cinta ~ kerana status mengatasi segala-galanya.
6 comments:
err..smoge kwn sis tuh tabah.:)
Betui..mak setuju.
Dimata kita, yang tersenyum riang dibibir itu belum tentu dihatinya juga bahagia!!
Tapi biasanya, itulah yang biasa kita judge dan yang kita sangka~hasil dari permainan mata
iyakan yang indah diluar tak tentunya indah kat dalam .. yang senyum tak semestinya gembira hatinya ..
Apapun itu sebahagian warna warni kehidupan.. moga tabah dan kuat dalam melalui kehidupan ini ..
moga dia terus tabah & boleh tersenyum, walau duka di dalam x siapa yg tau.....
kaum wanita ni mmg dijadikan
insan yg kuat dan tabah!
TQVM ella ..doakan utk ati ni ^_^
Jom baca: Khas Untuk Semua KAUM WANITA.. mesti baca!!
hanya empunya badan merasa bebannya..
Post a Comment