Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Meriah !! Serba serbi lengkap


Baru habis kenduri besar.  Alhamdullillah. Berbaloi semua persiapan yang dibuat lebih kurang dua bulan yang lalu. Tak terasa segala penat lelah bila kegembiraan dan kepuasan mengatasi segala-galanya.

Bermula dengan Majlis Akad Nikah yang berlangsung dalam suasana yang mesra dan lancar, Malam Berinai yang meriah dengan paluan kompang serta dentuman mercun dan percikan bunga api dan diakhiri dengan Majlis Kenduri Kawin yang meriah dengan tetamu yang tidak putus-putus datang, sedara mara yang datang jauh dari Kelantan, perarakan pengantin yang meriah dengan paluan kompang berirama, tarian zapin, serta acara 'tol pengantin' yang semakin dilupakan oleh masyarakat kita. Rasanya tiada apa yang kurang dalam majlis ini.

Apa lah yang lebih indah dalam kehidupan selain dari dikelilingi orang-orang tersayang, kan. Adik beradik, saudara mara ~ satu ikatan yang abadi sampai bila-bila. Buat pengantin baru, adikku Ee dan ahli keluarga baru kami, moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

7 comments:

!eNa PnG said...

Alhamdulillah..
menikmati saat indah bersama ahli keluarga adalah saat termanis ertinya dalam hidup...
Selamat pengantin baru buat adik kakchik yea..semoga cepat-cepat dapat baby...

diana said...

selamat pengantin baru..
semoga ikatan yang baru terjalin ini akan kekal ke akhir hayat..

AiDa AzRyN said...

slmt pengantin baru.. :)

Mama Zharfan said...

selamat pengantin baru utk adik kak chik tu ;) teringat plak time me kawin thn 2004 hehehe

Woofer Storm said...

slm kak chik...

waa,byr tol dah mrm kat highwy je ni...
bestnya kwin.heheeee

alinac lover said...

happy sgt kan~

azzey said...

gbr majlis akad nikah x de ke kak?