Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kerana cinta dia merana



Remember my entry here? I have promised to tell you a few stories. Bukan tentang aku, tapi tentang kita. Tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku disekitar kita. Sila baca ye kawan-kawan. Mudah-mudahan ada pengajaran di sebalik cerita ini.
CINTA
Ayat keramat yg aku rasa hampir setiap seorang dari kita pernah mengalaminya. Ini kisah cinta temanku. Bermula dari memadu kasih bersama, dengan izin Allah S.W.T ke jinjang pelamin mereka akhirnya. Tambah manis bila mereka dianugerahkan dengan 3 org cahayamata. Si isteri bekerja di sebuah bank terkenal manakala Si suami menjalankan perniagaan sendiri dan sering ke luar negara. Indah sungguh hidup mereka di mata kami semua. Tidaklah terlalu mewah tapi senang, hinggakan si isteri mampu belajar menunggang kuda, sukan elit yg memang terkenal mahal.

Dalam menyusun atur kehidupan, si suami mahu mengembangkan perniagaan. Langkah demi langkah, satu demi satu bidang diceburi. Entah tersalah langkah atau tersilap perhitungan, si suami terjebak dengan ALONG.

Sekelip mata segalanya berubah. Tiada lagi cahaya dalam keluarga ini. Yang ada cuma suasana suram, airmata dan jeritan pergaduhan si suami dan isteri. Saat ALONG bertandang ke rumah, masyarakat hanya mampu memandang dan bersimpati. Pad lock ditukar, rumah disimbah cat merah, anak-anak di dalam rumah ketakutan. Isteri dan anak mangsa sikap tamak si suami dalam mengejar kemewahan dunia.


Hampir setiap  malam jiran tetangga dapat mendengar jeritan dan pergaduhan mereka. Anak jadi saksi bagaimana si ibu disakiti*sumpah aku sedih, bergenang airmata masa taip ni* Anak yg dewasa lebih mengerti dan membenci Ayah sendiri. Bkn salah si anak tapi silap si Ayah.


Entah dari mana datangnya sumber, si suami berjaya menyelesaikan hutang ALONG. Si isteri lega, seakan ternampak cahaya di hujung terowong. Ternyata telahan si isteri silap kerana si suami menghilangkan diri. Tinggallah si isteri bersama 3 org anak dengan gaji yang tak sampai 3000 sebulan. Barang kemas, 2 biji kereta dan motor sudah lama dijual oleh si suami. Terkial-kial si isteri menyusun atur kewangan. Kereta terpakai terpaksa dibeli. Ansuran rumah, bil, belanja makan dan perubatan untuk 4 orang tetap datang tanpa mengira kembang kempis dompet si isteri. Si isteri tertekan tapi demi anak dia tekad akan tetap bertahan.


Malangnya, nasib tidak pernah menyebelahi perempuan. Sudahlah ditinggalkan suami, jiran tetangga?? Jangan kata membela, mengata lagi ada. Kasihan dia. Kerana tidak lagi mampu bertahan, dia ke Pejabat Kadi. Memohon hak sebagai isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah zahir dan batin. Dia ingin memohon fasakh. Borang diambil dan dia terus berdoa agar suaminya kembali.


Tuhan tak pernah lupa pada hambanya. Doanya dimakbulkan. Si suami pulang dan menagih 'hak' sebagai suami, hanya utk semalam. Keesokannya, si isteri ditinggalkan. Borang Tuntutan Cerai dikoyakkan. Katanya 'Hanya kau isteriku dunia akhirat. Demi cinta aku tidak akan melepaskanmu'.


'Cintakah itu? Kau tinggalkan aku dan zuriatmu? Itukah cintamu? Demi Tuhan yg Maha Esa, Pengasih dan Penyayang, kau lepaskanlah aku kerana selama kita terus begini kau akan terus menanggung dosa kerana mengabaikan aku dan anak-anakmu' - Rayu sang isteri. Tapi malang, rayuannya tidak didengari dan si suami kembali menghilangkan diri.


Korang, sumpah aku menangis menaip entry ini kerana si isteri adalah temanku. Sebagai teman, aku hanya mampu mendengar dan bersimpati. Kerana cinta dia merana. Kerana cinta hidupnya huru hara. 


Tuhan, kau berikanlah kekuatan pada sahabatku. Moga dia terus kuat, moga dia bisa bertahan demi anak-anak kesayangan. Amin.


Buat yang lain-lain, ambillah iktibar dari kisah benar ini. Jangan lah kita mengejar dunia semata-mata kerana silap langkah ramai yang merana. 


Jangan sesekali kita menyalahguna cinta kerana cinta itu sepatutnya indah dan apalah ertinya cinta kalau ianya hanya akan membuatkan kita merana.





33 comments:

sarah-najwan said...

tragik kakchik kisah hidup rakan ni
semoga beliau terus bersabar dan tabah...

berat mata memandang
berat lagi bahu yg memikul..

Unknown said...

kesian si isteri..
si suami ada rasa cinta..
tapi cinta yang kosong..
sepatutnye dalam cinta juga perlu da rasa kasih dan tanggun jawab..

noreed said...

semoga kawan kak chik tabah menghadapi dugaan yang mendatang ni.dan semoga suatu hari nanti suami nyer terbuka hati dan mendapat kesedaran terhadap tanggung jawab nya

NURAZZAH8 said...

Salam Kak Chik@Ella,

semoga Allah memberikan cahaya di hujung jalan...InsyaAllah.. hanya nasihatkan kawan Kak Chik itu jangan lupa kepada Allah, sentiasa berdoa dan jangan putus berdoa... buatlah solat malam/solat tahajjud setiap malam..Allah itu Maha Mendengar doa hambaNya yang teraniaya...

maaf lama akak tak berkunjung ke sini kerana musibah yang menimpa anak akak 2 minggu lepas...(baca di blog akak) ... doakan juga agar anak akak kembali pulih seperti biasa...InsyaAllah

Anonymous said...

saya yang baca pun sedih..inikan pulak akak, orangnya depan akak dan kawan akak sendiri

alexayussida said...

kesian nya kawan akak tu..ya Allah..kejam nye suami die..mana die pergi?aduhaiii..

moga Allah tabahkan hati kawan akak dan smoga beliau sekeluarga dibwh rahmat Allah slalu..amin

Unknown said...

sedih nya.sebak rasa..mcm drama tv. T__T

apdm said...

salam

semoga sahabat itu tabah menghadapi ujian ini :(

salam perkenalan dan follow blog ini :D

Anonymous said...

uish! sedihnye..syukur nasib saya tak seteruk dia..semoga ada sinar kebahagian buat kawan kakchik tu..

Nadia Abdullah said...

ramai je lelaki kat luar sana pengecut sebenarnya. Kalo nadia ckp mcm nih mmg ada ler yang mengelupur tulis entry maki2 nadia pasni...

Tapiiii...pompn yang lemah nih ler yang sentiasa akan berhadapan realiti kepahitan bsama anak2..yang si somie lari sbb xtahan menghadapi realiti

munna said...

aduhai tragik nya kisah kawan kakak.. harap dia tabah

CT said...

kijamnya lelaki tu...mcm nak pang je...aahahhaa

daddydian said...

kisah benar?

LeeAneem said...

terlalu mengejar kemewahan tanpa berfikir baik buruknye mmg tak dapat barokah Allah.....semoga si isteri tabah menghadapi dugaan ini....

Misz-ella said...

@kwn2 semua
Terima kasih sbb doakan kawan saya.

@daddydian
kisah benar, bkn misteri nusantara. hihi ..

kakrose said...

sama pulak mcm kisah si pelakon tuuut..tu.
semuga kawan kakchik di lindungi Allah..

aishareoils said...

insya-allah..ade sinar yg lebih baik ntk die..same2 la kite doakan...

AngahSayang2314 said...

ya allah macam2 la berat mata memandang berat lagi bahu memikul

ozzy said...

Assalam..

Begitulah antara rencah kehidupan yg perlu ditempuh oleh setiap insan. Setiap insan mengimpikan yg terbaik utk diri & keluarga namun hanya yang maha esa lebih berkuasa utk menentukan jalan hidupnya.Segalanya perlu ditempuhi dgn tabah & jgn putus asa utk meneruskan kehidupan.

p/s - teringat kisah pengasas sendayu tinggi puan Rozita yang tidak kurang sedihnya tapi akhirnya lihatlah siapa beliau hari ini.

azzey said...

kakchik@ella: CINTA bukanlah indah namanya....andai diri terdera..:(

alyaa kamil said...

ya ALLAH..sedih nye..rase nk mentik air mata baca cite ni..

!eNa PnG said...

siannya...:(

Ellen said...

Kesian pada si isteri...cabaran berat terpaksa ditanggungnya....kalo lah benda tu jadi pada kita, mampukah kita setabah isteri itu?

m A s L i A n A said...

jgnlah hidup berhutang..merana

Unknown said...

ya Allah..sedihnya baca cerita ni...:(

Mizz Farah said...

sedihnyeee...hope beliau tabah.. :')

nur said...

KakChik.. kasihan pada teman kakchik tu.. mmoga ada Cahaya nanti

Jemput keALL IN ONE

Maria James Chayak said...

it was beyond my thought to read this is ur blog.
it must be hard to ur friend.
just by reading it i can feel how this situation is.
u have a big heart sis, this post has its sentiment value. :(

p/s: xmo sedih2, life can always be better if we want it better.
and it can be worst, that happens if we want it worst.

Mama Zharfan said...

sedihnya baca citer ni :(
me paham and simpati sgt2, sbb adik me pun (she's a 2nd wife to man yg sgt hampeh) huru hara hidup sbb laki dia sgtlah hampeh....and adik me tu jd buta kerana cinta..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam..syian bc kisah kawan ella tue..semoga dia tabah dlm menjalani kehidupannya.tp biasanya pompuan nie,klu dah cinta mmg sanggup buat apa saje..semoga jadi pengajaran buat kiter semua...

Browacana said...

semoga kawan kak chik tabah menghadapi dugaan yang mendatang ni...amin

Asni Misri ❤ said...

tak semua perempau setabah dia..boleh jadi gila kalau tak betol betol kuat.

cikpuanhady said...

semoga kawan kakchik tabah menghadapinya, dan menemui jalan penyelesaian yang terbaik..

Jom skodeng :Notre Belle Histoire