Tuesday, February 22, 2011

Ayam Masak Serai dan Rahsia semalam.

Nak tau satu rahsia?? Ikan Talapia Masam Manis tu sebenarnya aku masak dalam keadaan kelam kabut dan 'rushing'. Aku terjaga pukul 6:55 pagi semalam. Kelam kabut beb .. Solat Subuh pun terlepas. Tu la akibatnya kalo sokmo suka 'Take 5' atau dlm bahasa yg lebih mudah difahami 'Jap eh .. lagi 5 minit'. Padan muka terbabas. Pagi ni, henfon berbunyi je cepat-cepat mataku terjegil. Sumpah tak berani buat lagi. Haha ..

Ayam Masak Serai buat santapan En. Bodyguard sepulangnya dari sekolah nanti.

Mula-mula dapat resepi ni dari adik ipar belah abah Aiman. Tapi aku adjust sikit. Dia kisar serai sampai hancur tapi aku ketuk je. Senang sangat nak membuatnya. Kisar halus cili masak dan bawang besar (nak pedas boleh tambah cili kering atau cili api). Goreng dulu ayam tu separuh masak. Pastu tumis bahan yg dah kena mesin tadi .. masukkan serai yang diketuk. Bila serai dah kering, bau dia pun dah naik, masukkan ayam dan asam keping. Seimbangkan dengan garam dan gula. Senang, kan. Nak lagi senang kita naik dua kuali sekaligus. Satu goreng ayam, satu lagi masak sambal. Aku sokmo buat camtu. Sebab i buru-buru u. Hidup i kan mcm 'Emejing Res'. Mcm-mcm benda nak dibuat .. mcm-mcm org nak dilayan. Well, life is a choice. Takda org paksa aku jadi Chef atau bibik di rumah sendiri. Tapi .. dah aku bahagia dan rela dgn buat benda-benda tu. So, Emejing Res pun Emejing Res lah. Pe salahnya, janji bahagia. Kan korang kan ... Haha.

22 comments:

apezs shah said...

salam

jap kakchik, nak lap air liur haha.. pergh sedapnya dpt mkn tenghari mcmni.... enak2..;)

AngahSayang2314 said...

angah kalau masak sambal memang letak serai kak bg sedap baunya wangi....

!eNa PnG said...

kak chik....



terliur dibuatnya ayam nie :D
nak cikit !

eliyaezlinalias said...

citer2 laen dlm n3 neh tak penting sgt bila nampak ayam dlm piggan tu sungguh mgoda!

Mama Zharfan said...

meleleh air liur me tgk ayam tu--yummy ;)

tp aiman tu kurus ajer even mommynya msk mcm2 hehehe

me balik msia for good 13 april ni
kalau nak kirim apa2, email me yer

suzie284@yahoo.com

Isteri Yang Comel said...

WAH NAMPAK SEDAP JER NIE KAKCIK

ghost writer said...

kena dengan bujang nih,ikan talapia asyik goreng jer hari-hari...tekak pon jadi kering.haha

munna said...

rajinya kak chik masak pagi2 ye... munna nak buat breakfast mmg malas selalu makan kat luar je...tapi kena buat sifat ni.... nanti klu anak dah sekolah .. nak masak utk diorg bawa bekal hari2

Lagenda said...

Sian la mak ni kakchik oiii.
Udah la sakit pewot..selera plak x de. TApi, bila nmpk je ayam kC msk ni, terus rasa lapoo

Nak mintak sket, sure tak dpt punya! Huaaa..uhuk huk..

apak cikidong said...

wahhhh apa rahsia semalam ituu :D

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

yummy..yummy...sedapnya jeles i tengok...

man yusoef said...

wah sedapnye!! terus teringat kepada makanan bonda di kg...uhuk

shatooman said...

pergh~ meleleh air liur...

-telordibasuh- said...

KC suke kan letap pic makanan yg sedap2..hmmm rase nak menangis tgk time lapo cam ni hahaa

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

menu sedap..walau dlm kelam kabut,sure buat aiman bertambah2..bila nak masakkan tuk adik???huk3

Melati Qistyna's Mummy said...

aah, mmg sedap masak merah ni, nak2 kalau boh serai, ketuk ke blend ker, dedua pon ok, terbaikla mummy aiman ni...hehehe

aibaks said...

best la mr bodyguard tu.. dapat ayam spesel.. hehe

toyolkiut said...

mmg ada ummmph..
pkai serai mmg sedap..
wangi je..

alinac lover said...

heheh btoi2..hidup ni slalu buru2 je kak~

Ct Arina said...

rushing2 pn sempat lagi hias bagai. haha^^

MamaYatie said...

menu ni mmg simple tp sodap..saya pun suka buat..mil ajar..hehe

Mohd Safwan said...

nmpk sdap laa.. =)