Yang berisi pun tak kurang istimewanya

Thursday, April 28, 2011

Lumrah manusia, tak pernah berpuashati dan bersyukur dengan apa yg dimiliki. Yang rendah teringin nak tinggi. Yang berisi teringin nak kurus. Yang tinggi teringin nak rendahkan sikit. Yang 'flat' teringin nak bagi ketul. Itulah manusia. Kalau boleh semua nak sempurna .. nak 'perfect.' Tapi setuju tak kalau saya katakan bahawa kesempurnaan itu adakalanya makin kita cari makin tak kita temui.

Tapi percayalah bahawa sebenarnya kita semua istimewa. Jangan rasa rendah diri kalau kita berisi kerana yang berisi pun ada kelebihannya. Cukup 'otot-otot' dan isi untuk 'support' rangka badan (tulang) dibandingkan dengan yang kurus kering. Paha dan kaki yang besar ada kelebihannya dibandingkan dengan kaki kurus, kecil dan melidi. So, buat kawan-kawan saya yang berisi, jangan rasa rendah diri. Korang juga istimewa dan ada kelebihannya. Tapi awas .. kena gak jaga-jaga. Jangan sampai ter 'over'.

You Might Also Like

27 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here