Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

A, B dan C

Baru pulang dari kampung Ibu di Teluk Intan, Perak.  Seronok dapat jumpa saudara mara. Ada yg menitiskan airmata sebab lama sungguh tak jumpa. Tetiba je aku rasa mcm dlm rancangan Jejak Kasih tadi. Hihi .. Mcm tu la kan kalau hidup dgn perasaan dan berkasih sayang. Sebak, terharu, hiba, gembira .. semua ada.

Bila dah jumpa, macam-macam gossip, macam-macam cerita keluar.  Yg paling buat aku tersenyum sinis ialah bila Si A dan B duduk bercerita tentang si C. Eh .. mengata lah bkn bercerita. Hihi ..

Aku kadang-kadang tak paham. Sungguh rancak bercerita tentang C, terlupa si A dan B nak lihat diri sendiri. Lumrah manusia berkata-kata bila terjadi sesuatu krisis tapi .. berpada-pada la, kan. Jangan lah seolah-olah terlalu sempurna sehingga 'buruk dan jelek' sangat yg lain.  Si A dan B terlalu sibuk jaga tepi kain org tak sedar tepi kain sendiri berlubang. I was there .. berada di tengah-tengah cerita tersebut bersama yang lain, tapi aku diam .. langsung tidak berkata-kata. Aku masih ingat kata-kata seorg teman, ada masa-masanya kita perlu jadi pendengar yg setakat mendengar. Jgn ditelan atau dipakai kata-kata tersebut. Bak kata org-org tua .. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri .. sebab si A dan B pun tak kurang 'buruk dan jeleknya'. Kita yg tengah-tengah ni, jadi pemerhati je la ye. Haha .. Manusia .. manusia.


3 comments:

tomato said...

bagus tu kak chik .. kata2 org ni tak leh caya . lainlah kita tgk sendiri kan..huu



http://tomatokering.blogspot.com/2011/02/saya-cartoon-dan-pengajaran.html

y2j said...

lumrah manusia kak chik..
btw,nice blog..keep it up,kak..

azzey said...

Tk Intan? saya x leh tgk p'kataan Tk Intan . Terus jd meroyan! ha3..