Kipas besar!!

Thursday, April 28, 2011

Sume orang suka kipas. Bertemankan kipas .. kita takkan panas. Nak pulak yang besar. Tapi ini cerita tentang Kaki Kipas a.k.a. Kaki Bodek.

Heran la tengok org camni. Depan Boss bukan main manis mulut .. belakang dia kutuk gak boss tu. Ishhh .. bermuka-muka sungguh. Hipokrit. Munafik.

Pastu dia asyik la dok "up" kan diri. Dia la yg terbaik .. terhebat .. terbagus .. terpandai. Orang len sume tak leh lawan dia. Padahal, dari segi kelayakan .. jauh ke belakang dia ketinggalan. Syok sendiri betul. Kena bagi cermin kot kat org camni?

Pastu dok la bersyarah kat orang tentang undang-undang .. tentang halal haram wang gaji dibawa pulang .. walhal dia sendiri baca suratkhabar dan berinternet kat ofis.

Orang camni, kan .. hanya kejar dunia dan status semata-mata. Mahu dipandang tinggi oleh Boss, sampai sanggup pijak kawan sendiri .. dan lupa nak cermin diri. Hmmm .. dunia ..dunia.

You Might Also Like

25 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here