Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Operasi mengoyakkan tisu sedang dijalankan.

Jom kita koyakkan tisu. Kita pisahkan dia ke dua bahagian .. pastu kita letakkan dia di  tempat yang betul .. tempat yang sepatutnya .. tempat yang kita idam-idamkan.

Bukan sebarang tisu yang aku cuba koyakkan. Bukan tisu Premier .. apatah lagi yang tak da jenama. Tapi tisu badan. Just imagine .. kita tarik tisu yang kat bawah  .. bawak dia naik ke atas. Ke lengan  .. ke bawah betis.. ke bawah peha. Sakit? Memang sakit. Tapi walaupun sakit, kebaikannya banyak. Paling penting untuk kuatkan tulang. Kita tarik tisu tu supaya dia duduk kat keliling tulang sendi so that tulang sendi kita dapat 'extra protection' .. ada otot atau 'muscle' lindung dia .. tak la mudah kena penyakit tulang rapuh di hari tua nanti. Sambil-sambil tu .. jangan lupa minum susu.

My membership card. OK la monthly fees
dia ~ lebih kurang dgn studio aerobik yang aku join dulu je.

Aku rasa beruntung sebab berpeluang jumpa dengan Mr. David ~ Korean guy yang telah menyedarkan aku tentang keperluan untuk menjaga tulang saat usia camni. Dia "H.O.D. untuk Personal Trainer". Kalau tidak yang aku nampak hanya 'Aerobic .. aerobic .. aerobic". But still .. Aerobic is my first love. Mana mungkin aku bisa melupakan cinta pertama  .. berbelas tahun aku ber aerobik. Dari Tuan Bodigad kecik sampai sekarang dia dah remaja. I'm still in love with my aerobic world'. Walau dulu ada yang mencemuh .. "Apa kelas aerobik .. so gugurl .. tak lasak .."  tapi aku tetap mencintai aerobik .. berbelas-belas tahun aku amalkan beb .. mana boleh lupa cinta pertama, kan.

Cuma sekarang ni aku "upgrade" kan lagi .. sesuai dengan graft umur yang semakin naik .. bersenam bukan lagi hanya untuk menjaga kecantikan, menjaga badan tetapi lebih kepada menjaga kesihatan dan di kala umur menghampiri karpet merah 40an .. keperluan untuk menjaga tulang adalah keutamaan. That's why .. i'm doing  "WEIGHT TRAINING". 

Nak tau mcm mana sakit nya mula-mula buat weight training?? Teramatlah sakit. Bayangkan .. kita alih otot di satu tempat ni ..bawak dia naik ke tempat di mana dia sepatutnya berada. Koyak dan luka lah 'muscle' tu, kan. Seminggu aku jalan mcm "zombie" beb .. tangan bengkok tak boleh lurus. Tu belum kira yang kat betis, paha, kaki, perut, sendi. Mana-mana orang yg 'muscle recovery' dia cepat .. beruntung lah .. sebab cepat baik. Aku umur dah banyak .. so lambat la sikit 'muscle recovery' aku. Tak pe lah .. demi tulang yang sihat dan kuat, aku rela dan redha je la sakit tu.  Chewah .. 

Kalau tengok 'exercise plan' yang direka untuk aku mcm senang - Threadmill 10 minit je pastu buat workout demi workout from one machine to another. "Mcm senang" beb .. mcm je ok .. tapi sebenarnya ??? Mula-mula dulu .. memang stress .. rasa mcm nyesal join .. rasa mcm nak ponteng .. nak tarik diri. Sekarang .. after  a few session, aku dah biasa .. i started to fall in love with it. Every session i burn 850 calories. Hari Ahad lepas aku buat dua session .. so almost 2000 calories burn. Sib baik memang dah ada 'basic', kalau tidak ... sure lembik lemah longlai lepas 'workout'. Hihi .. Pastu sekali sekala i join the dancing and aerobic class .. Hip Hop .. Fun Step .. Bodylicious .. Zumba .. Ritmo Zum. Yang belum aku cuba cuma 'Cycling Studio'. Gerun la tengok training dia. Belum konfiden lagi nak masuk Cycling studio tu .. masih ragu-ragu .. masih was-was. Trainernya 'hyper active' - kejap-kejap kayuh duduk .. pastu berdiri .. pastu stop jap .. buat 'stretching' .. pastu sambung balik. Ramai gak yang mula-mula masuk studio, half way diaorg kuar balik. Give up la tu. Hihi 

Eh .. panjang lak cite nya ye. Eleh .. pe salahnya, kan. Nama pun ber blog untuk 'future reference' .. so kena la tulis 'detail' .. buat kenangan waktu tua nanti. Masa tu bila cucu aku baca n3 ni  .. sure dia cakap camni .. "Wah !! hebatnya nenek aku masa  muda dulu". Hihihi .. 





28 comments:

risa said...

rajinnye kakchik!!! tabik toing2..patutlah nampak mude aje:0

alinac lover said...

alahai~ cane ni.klo yong..isk bole ke nk buat

qemaishak said...

HEBAT..masa belajar dulu ada gak join aerobik ni tapi skrg beraerobik ngan ank je la:)
harap usia meningkat seiring dgn kesihatan yg baik..

sarah-najwan said...

bagus amalkan gaya sihat gini
cuma ambo kdg2 xdan nk buat

paling tinggi..ngemas rumah dan bersilat ngan anak2..heheh

Princess Nur said...

k'chik, nk jemput dtg jadi cikgu erobik bleh? hihi..patut la badan kecik lawa jer..rajin bersenam btul la..nur skali pegi abis erobik abis sakit bdan ni..maklumla jarang2 sekali..huhu

Ujang9897 said...

tisu lutut sy koyak..=(


bila nk ada cucu..hehe

munna said...

sedangkan pergi jongging sebulan sekali pun susah munna ni... tapi klu masuk gym mesti best kak chik kan

Adinda Amy Sensei said...

uiksss cam ngeri pulak kak...huhu

Cikgu Nurin said...

kak Chik..ingatkan tadi koyak tisu nak buat origami ker.....

Ati Masrif said...

baca pun dah best..

dapat burn banyak kalori pulak tu

tapi ati ni selagi anak kecik
susah skit nak join itu semua

dapat gi jogging pun jadilah...hihi

misza said...

macam kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta' la ni. nampak pun tau kakchik ni aktif orangnya.

Hanis Azla said...

mmg hebatlah akak ni.. klu org lain quit di tengah jln akak pula boleh teruskan aje.. semoga terus sihat kak..

ardinihumaira said...

dni dah lama tak senam.. uuu insaf

Peri PiA said...

kak chik....bape rege nak jon CF ni?minat pilates huhu

kakchik@ella said...

risa, awet muda eh?? hihi ..

kakchik@ella said...

alinac lover, cubalah. baru kita tau boleh buat ke dak. hihi ..

kakchik@ella said...

qemaishak, tggu anak besar skit eh.

kakchik@ella said...

sarah-najwan, tu dah ckup baik dr tak buat apa2. hihi

kakchik@ella said...

Princess nur, alahai .. kc dah stop mengajar walaupun di offer RM200/hour. tak da masa la dik.

kakchik@ella said...

Ujang9897, terover kat lutut eh? tggu aiman kawin dulu la dik ..

kakchik@ella said...

munna, kalo plih gym, mke sure yg 'fully equipped' dn ada instructor. kalau tak mesti kita tersalah buat dan guna. lagi rosakkan badan dik.

kakchik@ella said...

Adinda amy, mmg ngeri dik. daging dlm bdn kita di alihkan ke atas utk bina otot lengan. sakit!!

kakchik@ella said...

cikgu nurin, lamanya kc tak buat origami. terbelit jari kang!! haha

kakchik@ella said...

Ati, kena tggu anak besar skit. sabar ye.

kakchik@ella said...

misza, tengsss misza.

kakchik@ella said...

Hanis azla, kalau tak kuat semangat mmg 'quit' awal la nmpk gayanya. hihi

kakchik@ella said...

dini, jom .. follow kc. hihi

kakchik@ella said...

Peri Pia, RM145/mth. Open 6am-12pm everyday. Ahad 8am-12pm.

Tiap2 ahad ada free yoga lesson for members children. Rugi kc tak da anak kecik!! hihi ..