Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Aduhhhh ... Mereng aku sekejap

12:41 tengah malam ~ Baru balik dari tengok wayang cite Hikayat Merong Mahawangsa berlima tadi. Patutnya bertujuh tapi last minit si Pinky tukar lokasi lak. Eleh .. nak berdua-duaan la tu. Mentang-mentang anak dia pos balik kampung. Hihi ... Dah lah siang tadi aku seharian ada kerja di luar. Sampai rumah duduk sejam je, dah keluar balik. Alhamdulillah .. Tuhan bagi tenaga, bagi kekuatan and a positive mind. Moga-moga berkekalan. Amin. Sikit pun aku tak merungut penat ke .. mengantuk ke ... siap boleh updet blog lagi. Hihi ..

Cuma aku sekarang ni tengah mereng+biol sikit. Camna tak mereng, 3/4 cerita tu lawan .. lawan .. dan lawan dan sebanyak tu jugaklah aku terpaksa tutup mata sebab aku tak suka tengok org lawan-lawan. Naik pening kepala aku tengok diaorg ni berlawan pedang. Adoiiii ... Aku kan pencinta kedamaian .. mana suka menda-menda camni. Tapi tu lah .. nama pun Hikayat. Dah tentu lah cerita purbakala .. dahulu kala. Orang dulu-dulu .. sapa kuat dia berkuasa. Orang sekarang .. sapa pandai dan bijaksana dia diterima. Beza kan, dulu dan sekarang. 

Teringat seorang kawan aku dulu pernah komen kat aku tentang  kawan aku yg sorang lagi. Dia cakap camni   ~ 'Dia tu mesti keturunan lanun, kan sebab tu Ayah dia banyak tanah sana sini .. zaman dulu-dulu, diaorg serang kampung pihak lawan pastu bila menang, dia berkuasa .. tanah tu dia punya. Tu pasal la aku cakap dia tu keturunan lanun!!' Hahaha .. dasyat betul imaginasi kawan aku tu eh .. tapi bila difikir-fikirkan, logik gak kata-kata dia tu. 

Eh .. tengah malam-malam camni pun sempat lagi share cerita dengan korang eh. Hihi .. Good night korang. Mau tidur lah. Sok pagi ada kerja luar lagi. 

By the way, sapa-sapa yang belum tengok, pegi lah. Boleh lah cite tu .. Ok gak la. Paling tidak pun boleh la korang cuci mata layan badan ketul-ketul Stephen Rahman tu sebab 3/4 cite dia tayang body. Haha .. 








21 comments:

!eNa PnG said...

Wah..akak da tgk rupanya.iena blm lg.. Nk jgk g tgk nanti.ok kak.gud nite..

Aku Ibu Muda said...

ohh...banyak lawan2 ke....wani tak minat...hihii

nisa said...

Minat nak tengok, sebab mak mertua dari keturunan merongmahawangsa tu, nak tengok sama ke tak dengan mak citer..yg xbestnya..kenapa lagu cite ni lagu slow romantik gitu..patutnya pilihlah lagu yg menunjukkan kegagahan, semangant pahlawan mcm tu..eh2..dh KRU suruh..nisa kau diam!heheh

::p0t pEt iLa:: said...

teringin nak tengok muvie ni..tp belom berkesempatan

ckk said...

tunggu vcd cetak rompak jer la k'chik kalau stakat nk tgk ketul2 tu..haha..

kakyon said...

akak pun tak suka cerita lawan2 ni.lawan ketawa boleh lah..heheh

My Little Diary said...

wah... kakchik dah pegi nengok hikayat merong... i baru nak pegi weekends ni.. huhu

Isteri Yang Comel said...

wak nak tengok lah camnie KC

Peri PiA said...

i loikeee.positive mind

cik bahulu oren said...

akk tutup mata sbb pening tngok org lawan2
sy tutup mata sbb ngeri tngok darah terhambur keluar..hehe

Amy Syaquena said...

jelesnya amy x leh tegok..kat sini x de panggung wayang huhu...

makdara TERdiva said...

sy lebih suka tgk citer komedi @ love story..leh touching2..haha!

logorithm said...

I think I'll go watch it at the cinema soon...

AngahSayang2314 said...

wahhh angah tunggu cd jer la... nak tengok kat wayang tak ada maknanya

Adinda Amy Sensei said...

selamat tengahari kakcik...

azzey said...

Dah ramai yg tgk ni..:)

norh said...

jeles dgn akak boleh maintain positive mind..
sy pun baru lepas tengok Merong..

::Budak Degil:: said...

lahh..akak xleh geng la ngn einn bab2 cite action ni..huhu

toyolkiut said...

apa yg kwn kakchik kata tu mngkin ada benarnya..

ozzy said...

Assalam.. Kalau perampas tu memang layak digelar lanun...contoh lanun cetak rompak

Ct Arina said...

HMM best taw kc! rugi kc tutup mate.. hihi ;D