Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Yg tersayang .. Kesayangan .. & Yg disayangi

Ada tak yang lebih bermakna dalam hidup kita selain dari meluangkan masa dengan Yang tersayang .. yang disayangi dan kesayangan kita? Hari Sabtu, 19hb Mac, selepas menghadiri Majlis yang membahagiakan ini, kitorg attend wedding kat Taman Maluri dan akhirnya pada petang yang sama, kami ke Majlis Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi Puteri Nur Rizqin, anak buah saya yang ke 4. Tapi dah semestinya lah saya terlepas peluang untuk mengaminkan doa bersama-sama sebab sampai nya udah lambat. So, berparti-partian sahajalah kita bersama-sama. Hihi ..

Muka Puan punya blog yang kepenatan sebab ni rumah ke 3 untuk hari tu. Sian i kan u.  Tak pe lah .. demi mereka-mereka yang penting dalam hidup saya .. Saya rela dan redha dipenatkan sebegini. Hihi ..

Ke sini untuk meraikan si kecik ni ~ Puteri Nurizqin. My niece yg manja sgt-sgt dengan saya. Kalau saya ada, Mummy and Daddy dia pun dia tak peduli lagi.

Birthday cake Barbie Doll yang tersangatlah cantek dan so gugurl. Hihi ..

Happy Birthday Puteri. Nanti Mama Uda belikan hadiah ye.

Kan dah cakap tadi that she is so attached to me. Nak potong kek pun diajaknya saya bersama. Mcm la kita berkongsi harijadi. Hihi ... Budak-budak .. ada instict tersendiri. Dia boleh rasa kasih sayang kita, kan.

Another princess in my life. Sarah Ardinie .. anak buah saya yg kiut, manja dan keletah. She is 5 years old. Best ooo  borak dgn dia. Mulut mcm org tua. Hihi ..

Tuan Bodigard dan sepupunya.

Adik angkat saya, Sarina dan babynya pun ada. Saya suka lah baby. Kalau jumpa, rasa nak gomol-gomol je. Hihi .. Sebelum Maghrib kita dah balik .. tapi jangan tak tau .. kitorang tak balik rumah terus ye. Ada Stop over lain pulak tau. Ke Uptown Kota Damansara pulak destinasi selepas itu. Hampir jam 12 malam baru sampai rumah. Penatnya ?? Fuhhh .. toksah cite. Kalau camni punya gaya .. kaum kerabat Superhero seperti Batman, Spiderman, Keluangman dan Cicakman pun surrender! Hihi ..


16 comments:

KuNanGKuNanG said...

kalau kite beri kasih dan syg pada org lain..kite pun akan dapt lbh kasih syg dari mereka...:)

Ibu Muda 30series said...

KC dah call booking ke? Wani mcm x dpt join la pulak...bonda nak turun KL ajak shopping2..hihii

azzey said...

mmg comel lah dia..:)

madammondoq said...

salam..

nice blog..
nak tahu tak apa yg setiap malam..malam pertama?
salam singgah ke blog saya..

TQ

siti ika said...

ieeee.. comelnya kek tu..

qemaishak said...

comelnya kek tu, sayang nak makan ni hehe

Ati Masrif said...

kalau kita mesra n sayang
budak2 pun suka kat kita

::Budak Degil:: said...

comel betol rambot budak tu..time kecik2 berangan nk rambot cmtu, tapi xdpt..ahaha

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

D suka besday kek n besday gel...kiut sungguh...

mesti mulut dia pot pet..pot pet..kan..D pun suka budak2 yg pandai ckp ni....

AngahSayang2314 said...

w'pun kepenatan akak tetap cool

kathy said...

rindu dgn anak buah kat kuching & miri ;(

Anonymous said...

yup! budak2 ni tau kita suka kat dia @ tak.. :D

Dr K said...

bibir sarah ardinie tu sama lah macam bibir u...:)

Kak Amy said...

Comel kek dia na..tuan empunya badan pun comel sangat..sweet!!

Sheherazade said...

lovely

MamaYatie said...

mak aihh..pjgnya perjalanan kak chik..tp tu la, demi kesayanngan mmg ilang semua letih kan