Hari ni kita sibuk. Kita kuar rumah pukul 10 pagi, pukul 3 baru kita balik. Kita ada urusan peribadi, so kita keluar sorang je. Penat lah. Tapi .. camtu la kita hari-hari. Boleh dikatakan rehat kita di waktu tidur, waktu makan dan waktu bersama teman-teman sahaja.
Rutin kita tiap-tiap hari camni ~ Bangun pukul 6:15 pagi, solat, masak utk anakanda tercinta, kemas rumah sikit-sikit, antar dia gi sekolah, pastu gi kerja. 3 kali seminggu kita ber 'exercise', 2 kali seminggu antar anak tution. Sabtu pun kita kerja. Dalam masa yang sama kita cuba cari masa untuk teman-teman dan keluarga. Kan diaorg tu kesayangan kita, so kenalah luangkan masa utk diaorg, kan ?Camtu la gaya hidup kita dari dulu hingga kini.
Sekitar tahun 2006-2007, kita penah masuk hospital sebab 'stress'. Masa tu kita jaga Projek Laluan Persekutuan 54, Sg. Buloh. Tiap-tiap minggu meeting, paperwork, surat menyurat punya lah banyak. Berat badan kita turun mendadak ke 47kg. Akibatnya kita jatuh sakit dan masuk hospital seminggu. Masa kat hospital, doktor suruh kita 'slow down'. Dia kata .. 'Reduce your mental and physical activity'.
Lepas tu kita berubah. Kita pastikan apa pun yang kita buat, biarlah berpada-pada, jgn berlebihan. Kalau makan biar berpada, kerja berpada-pada, exercise berpada-pada. Semuanya harus berpada-pada. Sampai hari ni kita masih ingat kata-kata doktor. "Our body is made by billions of living cell. Bagi peluang pada badan dan otak untuk berehat". Nak tau apa kita buat? Jom baca kat bawah ni.
Dari segi kerja, kita ubah cara kita bekerja. Project Manager kita sgt cerewet orangnya. Kena buat 'translation English-Malay', technical lak tu. Kalau suruh 'translate' surat cinta i love u, u love me .. no hal la, kan. Hihi ..
Once kita mengadap komputer nak buat Minit Mesyuarat, dah tentu la otak kita pun mula bekerja, kan. So, kita 'limit'kan aktiviti minda kita. Takmo bagi dia pk byk sgt. Kita buat setengah jam, pastu kita take a break for 5 to 10 minit. Pastu kita sambung lagi ,, sampai la siap. Berbeza dengan karaker kita dulu yang akan buat sampai siap. Tak makan tak minum pun tak pe asalkan kerja kita siap. Dulu-dulu, kita ckp kerja no. 1 ~ Apa-apa hal kerja dulu, makan kemudian. Now no more. Kerja boleh cari .. kesihatan 1 peluang je Tuhan kasi. Hihi .. Sampai sekarang ni, kalau Boss suruh kerja sampai pukul 12 malam, jgn harap kita nak. Walau pun dibayar,masih tak berbaloi utk kesihatan kita lah. Kang kita ter tua sebelum waktunya,susah la kita, kan. Hihi ..
Pastu dari segi gaya hidup pulak, kita dah tak amalkan sikap buru-buru lagi. Kita 'cool' je. Dulu-dulu, kalau dah lambat, mula la kita bwk kereta laju2. Pastu selit kanan, selit kiri. Skrg kita tak buat dah .. kalau dah lambat pun kita 'cool' je. Tak berbaloi la buat camtu. Minda kita tak relax .. bahaya jangan cite la, kan.
Bab makanan, kita 'maintain' sebab tang tu bila-bila kita buat check up, 'memang tip top'. Mana tak tip top, kita makan Beras Herba Ponni Taj Mahal dah lama, guna minyak masak bunga matahari pun dari dulu lagi. 'Exercise' kita maintain 3 kali seminggu. Jangan la suruh kita 'exercise' hari-hari, kita takkan nak punya sebab itu dah berlebihan/over. Tak baik menyiksa badan, kan. Islam pun tak menggalakkan umatnya berlebihan. Buat setakat yang perlu sahaja ~ itu yang kita amalkan.
Dari segi emosi pulak, masa umur kita 20an, kita panas baran. Cepat sangat nak marah. Sekarang tak lagi. Biasanya bila kita marah, kita tak nak tengok org yg kita marah. Takut lagi hot. Kita amalkan 'cool down' dulu dan bermuhasabah. Salah aku ke?? salah dia? Biasanya bila kita muhasabah, kita akan nampak dua-dua pun ada salah. So, tak jadi la nak marah beria-ia. Marah sikit .. manja-manja je. Hihi ..
Eh .. ok la eh. Entry ni ada kaitan dengan entry kita yang bertajuk "Upgrade". Kita nak share dengan korang tentang bagaimana dalam hidup ni, kita boleh berubah ke arah yang lebih baik.
22 comments:
wahh, besarnya tanggungjawan akak ni ya... Isteri, ibu, pekerja, macam-macam lagi. wanita perlu ada ciri2 dan semangat macam ni kan di zaman serba canggih ini
aduh~
kagumnya dengan akak....
kelu lidah berkata-kata.
dengan harapan I pun boleh sekuat akk.
jaga kesihatan kay~
betul tu kak chik...kesihatan adalah satu angerah yg sangat beharga lebih dari segala2 yg kite ada..yelah kalau sihat semua menda pon boleh buat kannn..kalo dah sakit lemah lesu semu menda pon jadi stress...jaga kesihatan eh..enjoy ur life...peringatan untuk diri sendiri gaks:)mmuuahhhh
semoga hidupmu ceria selalu...
walau busy mana or marah mana..
jangan fikir terlalu seriuskan
takut2 jd strok pula
betul tu kakchik..
slow n steady..
Tk pun dulu pulun keje, lupa sume benda yg lain2..
kini keje rilek2 je, no tensen2 lg..
hopefully yang baik itu berterusan :)
oh penuh pancaroba. ngeee~~
lamanya saya tak berblog. hahaha.
thanks for this entry :) can't agree more :)
nak menang purse clarks ori? jom vote!
Kalau I marah, I lebih suka duduk dan senyap. Teguk air. Orang yang kita marah tuh pulak baik jangan menjolok lagi sarang tebuan nih... hehe...
ambo rasa ambolah org yg jrg2 stress dan marah2..ambo ni jenis hepi go lucky...ambo perasan sket ni..hahhaa..
tapi betullah..jika kita asik dgn keje atau sesuatu smpai lupa utk makn/rehat/reles stress..mmg akan jadi mudah marah..suka memberontak..stress yg melampau..muka masam..pyh senyum etc..
jd sebaik2nya..urus masa dgn baik..ada masa keje dan masa relaks..dan berblog juga adalah masa utk menenangkn fikiran..ehhee
bab guna minyak matahari tu kita sama.tp beras basmati adik jenama Rozana..hihi.kesihatan mmg kena jaga kan sis.adik dah letih sakit dan sakit.huhu
ape yg akak lalui, kitaran hidup antara sy,akak sy, dan mak sy...berperingkat...slow2 updgrade diri kan.. :)
sy skg pun sbuk smpi lupa nak berblog dah..ermmmm tc kak cik
btol tu kak
yong pon skg ni nk coole je
xnak la tua sblm tua kan.
skg ni bwk kete xde nak race2 dah hahah slow motion je ha
sbb ari tu dok wt keje x ingt dunia sakit ha padan muka kt diri sndri..so skg ni more cool..
time rehat kena rehat
time keje kita kerja :)
zaman serba maju menuntut lebih masa & pengorbanan dr kita, tp jgn terlalu mengikut... :)
@Gen2Merah, akak pun ada kelemahannya dik. jgn terlalu kagum ye.
@Tasha, insyaAllah u also can tasha.
@risa, yup.
@Adinda Amy, Tqvm. may god bless u too adik.
@Ati, tqvm fr the advise ati.
saya excercise 1 kali je seminggu kc...he3..tp sabtu ahad dh lbh pada excercise dh dgn keje2 umah..:)
kakchik, sy paling suka entry kakchik yang ni.. bagus buat pengajaran.. hehe.. thanks for the info!
Post a Comment