Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kekuatan kita hari ini dari 'Dia'

Semalam sibuk memenuhi undangan demi undangan sampai balik rumah pun dah lebih pukul 10 malam. Alhamdulillah. Tuhan bagi kekuatan utk menempuh setiap perjalanan dan liku kehidupan. Meskipun kadang-kadang rasa seperti tak cukup kaki dan tangan tapi asalkan hati ikhlas dan rela, InsyaAllah Tuhan akan permudahkan segala-galanya.

Kalau semalam ai spend quality times with family and friends from morning till night, pagi Ahad yang tenang ni, ai tetap bangun awal seperti biasa. Siap buat kan Nasi Goreng untuk famili lagi. Dalam pukul 11 dah start enjin kereta untuk ke Studio exercise. Hari ni exercise 2 jam ~ Sumpah penat u. 

Habis training,  ada sessi 'review before and after'. Alhamdulillah .. body fat menurun by 1.0 point, viserable fat menurun by 1.0 point. Yang tak syok tu berat badan pun turun sekali. Haih .. dat's not my target lah. Tapi tu lah .. badan ai ni terlalu sensitif dan peka dgn keadaan sekeliling. Senang sangat dia nak 'terturun'. Memang tak plan pun nak turunkan berat badan .. tengok lah ai makan mcmana, kan. Blog ini lah saksi segala-galanya. Hihi ... 

Tapi serius, the training that i undergone bukanlah sekacang Arobik yang dah berbelas-belas tahun ai amalkan. U have to be very strong .. physically and mentally. If your mental is strong, u can definitely face any hard or difficult challenge which come towards u. Tapi tu la .. walaupun permulaannya menyakitkan badan dan kdg kala buatkan jiwa ai merana sampai kdg-kdg rasa nak ponteng je*hihi* hasilnya  amatlah memberangsangkan!! tak sangka my 'fat loss' is very fast.  Baru  buat 4 sessi dalam masa 2 minggu berat badan dah 'Terturun'. Dgn tak berdietnya ... ai kan tak pernah terpikir nak turunkan berat badan ,, target nak maintain je .. tetiba "Terturun pulak". Hihi .. 

I'm happy with the training lead by Mr. David the Korean guy and  Shu yg manis, cantek dan comel. Tambah manis bila berpeluang belajar tentang "body fat ~ soft fat, solid fat, muscle, cara-cara utk kuatkan  tulang ~ mcm2 lagi lah. Rasa berbaloi semua penat lelah dan RM yang keluar bila dapat belajar benda-benda camni.

After training session, ai terus gi ke Tesco Hypermarket beli barangan basah untuk minggu ini. So  our dinner tonight is Roti Tortila with sosej and vege hasil masakan Chef Ella. Echewah .. walaupun penat, masih semangat ke dapur lagi tu. Kan ai dah kata .. KEKUATAN KITA HARI INI SEMUANYA DARI "DIA" ~ Dia yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Dia mendengar setiap permintaan hambanya. Minta lah dari Dia tiap kali  lepas Solat.

Esok nampaknya back to the normal routinelah.  Pas solat Subuh main masak-masak kat dapur sendiri, pastu hantar Mr. bodyguard ke school, pastu balik dan bersiap untuk ke opis pulak. Pastu 3 kali seminggu ada 'studio exercise', 3 kali seminggu jugak kena antar dan jemput Aiman dari tution.  Wiken pulak cuba cari masa utk semua kesayangan. Hmmm .. camtu la hidup ai ari-ari u. Eh .. Abah Aiman .. Awak sungguh bertuah sebab dapat 'Mem Besaq' seperti saya yg sungguh la pandai bawak diri dan sangat berdikari. Hihi .. 

Eh .. next wiken rasanya nak ke Spa. Nak ikut?? Kita buat rombongan ke spa ramai-ramai jom. Mesti riuh rendah spa tu kita gegar. Hihi ..








14 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
akak jenis tak tau penat rupanya

norh said...

ingin mengambil pengajaran .. :))

tomato said...

waa~syioknye berat badan terturun. !!! huhu :D

eelobor said...

sesungguhnya saya tak sekuat itu untuk menghadapi cabaran.....terkantoi juga program nak kuruskan badan. huhuhu

Hanis Azla said...

wah.. terturun yer kak.. bagusnya.. berbaloilah usaha akak tu.. semoga akak terus sihat untuk jadi mem besaq yag pandai bawak diri dan pandai berdikari tu.. boleh jd contoh ni..

ghost writer said...

nampaknya kak chik masih obses dengan 'fat loss' padahal kalau dilihat dalam usia sebegitu kak chik masih boleh maintain dengan body dan kesihatan kak chik..tapi ya kan,senaman itu penting dan penjagaan luaran dan dalaman tubuh kita sebenarnya memberi satu impak atau pulangan faedah pada sistem tubuh kita sendiri...

tapi ada kawan saya bagitau kalau bagi mereka yang terlalu mementingkan penjagaan tubuh itu suatu yang sangat paranoid dengan kelebihan yang ada pada dia...atau lebih kurang masih tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki malah kalau tersilap percaturan dan pertimbangan boleh saja meletakkan seseorang itu dalam urusan yang menambah-nambah supaya lebih gorgeous..maka ada pendekatan2 yang 'tidak wajar' dilakukan selain disandarkan pada satu options saja.

tapi saya selalu sanggah kata2 kawan saya dengan mengatakannya begini:hidup ini tidak terlalu lama,jadi jangan dipercepatkan dengan mengabaikan apa yang sepatutnya kita beri perhatian,kesihatan utamanya.Bagi mereka yang sedar akan kepentingan,itu tidak jadi hal kerna kesihatan fizikal adalah kesihatan mental dan membuatkan seseorang itu lebih banyak pertimbangannya..

sori panjang sangat...hihi

qemaishak said...

rajinnya kakchik exercise..
kagum nih:)

Aku Ibu Muda said...

kak chik...bila nak ke spa tu? nak dating sama....hihii...tapi kalau dalam bulan ni jugak, x dpt la kot :(

makdara TERdiva said...

KC, jom2 pi spa..tp sy nak ke spa Milkadeal promot tu..saje nak terai kat situ plak!

Piasara said...

"wah2 kc..tak reti2 dok diam rupanya..kesana sinun dia..apa2 pun akak ni jeles gak la ngan kc..sbb akk dh lama teringin membelai diri mcm yg kc buat ni hah...tp blom pun start enjin.."

Isteri Yang Comel said...

aktif betul lah KC nie.... wah pi spa, bestnyer kak

toyolkiut said...

TK kalau ikut cr kakchik ni, mau nya pengsan 3 hari 3 malam..
hehe..

diana said...

chef ella??
peghhh!!masakan nye memang tip top..
hahahahahh

azzey said...

Buat rombongan cik kiah ke sp ye kc?