Menjejak bintang

Thursday, March 31, 2011

Lama betul tak menjejak bintang .. dan kalau nak jejak bintang, dah tentulah waktu malam. Siang bintang sembunyi utk beri laluan kepada sang mentari. Tapi ini bukan sebarang bintang .. sebab ia berbukit. Senang cite ~ Aku pegi Bukit Bintang la malam Sabtu yang lalu. Jalan-jalan .. cuci mata .. cuci poket. Hihi ..

Malam minggu di Bukit Bintang meriah dengan Restoran-restoran Arab, kedai 'massage' dan jalanraya yang sesak. Yang tengah tu ialah kedai ala-ala 7-Eleven versi Arab .. pun ada di Bukit Bintang ni tau.

Ni la 'partner-partner' saya dalam Operasi Menjejak Bintang malam Sabtu yang lalu. Sapa lagi kalau bukan Si Cantek @ Pinky dengan dayang-dayang dan hulubalangnya seramai 3 orang. Hihi ..


Seperti biasa, IT dan gadget centre di Plaza Low Yat adalah wajib dikunjungi kalo ke Bukit Bintang ni. 

Kalau ke Bukit Bintang, harus lah makan Nasik Ayam yg femes dan spesial ini. Selain dari sos cili dan kicap .. dihidangkan juga dengan halia dan sup kacang. Sedaps!!

Udang Goreng Tepung dan Kerabu mangga kat sini memang superb!! Terbaiklah. Tiap kali datang mesti nak order.

Sotong goreng tepung dan Wantan sup. Punnnn sedap. Habis licin kitorang makan tau .. tak da apa yang tertinggal melainkan pinggan kosong. Hihi ..

Hani dan Hana ,, Kembar yang comel, kiut dan manis. Femes ooo diaorg kat blog aku nih.

Pavillion yang gah di waktu malam. Cantek, kan. Tak pernah sunyi dengan kunjungan. 

Bukit Bintang sudah bertukar menjadi 'entertainment hub', bukan lagi mcm zaman aku kecik-kecik dulu. Dasyat. Eh .. masa muda remaja dulu aku jalan kaki je ke Bukit Bintang tau .. dekat sangat dengan rumah ai u. 

Depan Lot 10. Dah makin cantek arr tempat ni. Comel si kembar dan abangnya, kan.

Diakhiri dengan minum-minum sebab dayang-dayang dan hulubalang si Pinky udah kepenatan lagi kehausan. Kecik-kecik dah pandai minum 100 Plus, eh. Good ... good. La .. Tuan Bodigad, awat hang hensem sangat dlm gambar nih?? Hihi ..



You Might Also Like

15 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here