Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bagaimana kualiti kita diukur??

Dua hari lepas saya sembang dengan sorang kawan. Tentang sikap teman hidupnya yang tidak puas-puas makan angin di luar negara meskipun bil kredit kad baru diterima dan belum dijelaskan lagi bayaran nya. Sudah terbayang Italy, France, Mauritius dan bla .. bla .. bla. Kata my fren, teman hidupnya sangat mementing kan 'kelas dan status'. Sangat bangga bila dapat bercerita dengan jiran tetangga, sahabat handai  'oo .. i baru balik dari ... bulan depan i nak pegi ... pulak'. Ingin dipandang 'ada kelas' oleh orang-orang sekeliling.  Kata teman saya lagi, teman hidupnya bersifat "lalang" dan "suka ikut-ikut orang." Pantang dia dengar teman-teman rapat atau adik beradik terdekat mahu melancong ke luar negara .. dia pun mahu ikut serta. Walhal, tidak ada keperluan disitu, kehendak semata-mata.

Perbualan panjang antara kami membuat aku berfikir panjang dan panjang lagi ....
Bagaimanakah "kelas" dan kasta hidup kita diukur? Adakah dengan makan angin di luar negara sudah boleh dilabel 'ada kelas'? Jika itulah kayu pengukur yang digunakan untuk mengukur kasta dan kelas seseorang manusia .. bagaimana pulak dengan 'very intelligent people' yang menuntut ilmu hingga ke peringkat PhD tetapi tidak berpeluang makan angin ke luar negara? Tidak "kelas" kah dia?

Bagaimana pulak dengan mereka yang makan angin di luar negara berbekalkan tiket berharga RM9 yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah bertemakan "Now Everyone Can Fly" dan kemudiannya memilih utk menginap di hotel-hotel murah sahaja? "Kelas" kah dia?

Bagaimana pulak dengan kawan saya yg sanggup mengikat perut, main "kutu", bertahun-tahun tidak menukar baju baru, masih memandu kereta lama yang tiada nilainya pada masa ini hanya kerana ingin mencukupkan wang tabungannya untuk melancong ke luar negara. "Kelaskah dia"?

Rasanya sudah sampai masa kita merubah cara berfikir. Jangan lah diukur "kelas" atau tidak seseorang itu berdasarkan hanya kepada keupayaan dia untuk makan angin ke luar negara. Itu mentaliti org lama.

Dan buat teman hidup teman saya itu, jangan lah kita terlalu mengejar "status" dan merasa diri kita "ada kelas" semata-mata kerana kita berpeluang melancong ke luar negara. Perlukah kita 'up' kan diri kita di mata org? Biar org tu dan org ni nampak aku ni "ada kelas". Perlukah?? Bukankah jika kita benar-benar layak, pengiktirafan itu akan datang dengan sendiri? Yang melihat akan menghakimi seseorang itu dengan sendirinya .. tidak perlu lah kita beria-ia untuk "up" kan diri.

Pada sayalah, "kelas" atau tidak 'status serta kasta' seseorang itu bukanlah terletak pada berapa kali dia melancong ke luar negara kerana dengan syarikat penerbangan tambang murah ~ "Now Everyone Can Fly", tapi pada kualiti yang dimiliki oleh orang itu sendiri. Segala-galanya harus ada dan lengkap dalam satu pakej ~ Cara berfikir, cara membawa diri, cara dia bermasyarakat, jati diri dan pendirian yang dimiliki, tahap pendidikan dan tahap IQ. Ada jugak orang yang nampak "kelas" tapi bila berkomunikasi?? Aduhhh .. kasarnya bahasa. "Pangkat dah ada, penampilan dan gaya serba berjenama, kereta mewah tapi bila bercakap ???? Hilang manis dia .. hancur "kelas" yang cuba dibina. Betul tak??








26 comments:

Sheherazade said...

eeyoww,ape kelas menunjuk2

AngahSayang2314 said...

wah macam tue yer... hehehe

Miss PIJAOSIX said...

mcm2 peel org ni kak chik..:)

Ati Masrif said...

betuiii..

ada org sanggup berabis segala
nak tunjuk segala..
tapi dalam bank...
habuk pun tadak...huhu

azzey said...

Cakap x serupa bikin kan kc. TU MENUNJUK2 BKN KELAS NAMNYA...Huh!

Isteri Encek Bard said...

wah entry yang sangat menarik kakcik.... saya suker luahan hati kakcik yang penuh nasihat nie....

Anonymous said...

dulu masa tingkata 1 sampai tingkatan 3 saya duduk kelas S..sampai sekarang saya tak tau ape maksud S tu rasanya Superman kot! eheh!

KC..gathering tu baru perancangan..meh la kita together2..eceh!

sarah-najwan said...

manusia yg palng berkualiti ialah dia mampu membahagiakan diri sendiri dan org2 sekelilingnya.sgt penuh dgn nilai2 murni.hatinya sgt bersih.komunikasi tip top.ada ilmu dunia dan akhirat yang mantap. tahu tanggungjawab dan amanah dan yang paling penting tak mungkin pernah menyusahkan hidup org lain

**itu baru kelazzzz!!!!

nisa said...

pun ada kawan mcm tu, menyampah betul..jd call girl sebab nk ada kelas mcm tu..tp cite kt org kata duit gaji sendiri, keje just kerani gaji rm1300 logik ke tiap bulan boleh pergi melancong ke luar negara bagai,sian mak bapak kat kampong kena tipu..anak kat KL gadai maruah..

mizayusof said...

hidup ni tak perlu menunjuk-nunjuk takut nanti terkena kat diri sendiri. merujuk entry KC yang lepas, jati diri tu yang penting dan membezakan kita semua.

Berapa kerap bercuti ke luar negara itu bukan kayu pengukurnya. kalau hidup dikelilingi hutang sana sini pun tak guna/tak perlu nak bermegah. biar tak pernah bercuti langsung ke luar negara yang penting hidup aman damai.

budi bicara juga penting dan membezakan kita dengan seseorang :)

Izan Ishak said...

izan stuju dgn perenggan trakhir kc. buat apalah nak menunjukkan diri tu kelas sgt. tp bab budi pekerti dah macam org tak sekolah pun ada~

::Budak Degil:: said...

ini dah macam cite hindustan ni kak...kalo yg kasta tggi tu, x henggen nak kawinkan dgn yg paria..semata2 kerana class tu la...

ape yg ade pd class, kt pdg masyar nt sume dikumpulkan 1 tempat jugak...
ye dok kak...
amboi, becakap mcm ustajah pulak einn ni..hehehe

Anonymous said...

ragam manusia kak... biase ahh...

Melati Qistyna's Mummy said...

kalau kelas utk menunjuk2 yg dicari, maka papa kedana lah kita....biarlah kita mengukur kasut di kaki sendiri...x kelas pon xper... hehehehe

Misz-ella said...

@Peri Pia, bila timbul perasaan "kelas" dlm diri, itu riak namanya, kan.

Misz-ella said...

@Angahsyg, mcm2 ada dunia ni, kan.

Misz-ella said...

@Pija, betul tu pija.

Misz-ella said...

@azzey, kalo bercerita dgn rasa bangga, mmg menunjuk2 la jwpnnya. hihi

Misz-ella said...

@Isteri yg comel, terima kasih sbb suka n3 saya. sebagai seorg yg suka muhasabah sesuatu peristiwa, saya melihat setiap satu pekara dari sudut yang berbeza.

Misz-ella said...

@mdt, jom kita buat 'combine gathering'

Misz-ella said...

@sarah-najwan, setuju!!

Misz-ella said...

@nisa, OMG .. camtu pun ada eh?

Misz-ella said...

@Miza, kc setuju dgn miza sgt2.

Misz-ella said...

@Izan, betul tu izan. "kelas atau tidak seseorg bkn trletak pd keupayaan dia utk ke luar negara" ~ mentaliti org dulu2 tu, kan.

Misz-ella said...

@ein, hihihi ..

Misz-ella said...

@Melati Qistina, betul tu.