Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Diari hidup kita sama sebenarnya.

Ada antara kita tak mau mengaku warna sebenar kehidupan. Mahu dilihat baik, indah, cantek dan serba sempurna. Konon hidup perfect, tak da masalah. Kalau bercerita sesama kwn, akan terkeluarlah 'statement' seperti ini .. "Husband ai tak mcm tu .. husband i ok" Jangan hipo ok. Cuba cite kat ai, Hidup mana yg tak da masalah?? Hipokrit la kau. Berpura-pura.

Hijau, biru dan merah ~ Still .. red is my favorite colour.

Diari hidup kita sama sebenarnya. Ada pasang surut .. ada naik turun .. ada susah senang .. ada pahit dan manis. Yang membezakan ialah jati diri kita sendiri .. keberanian kita untuk berkata benar atau kesanggupan kita untuk menjadi Hipokrit. Aku mahu menjadi jujur .. bukan 'hipo'. Kau mahu yang mana?





18 comments:

Unknown said...

betui la kakchik..
mungkin sebab kita sayang kot..
jadi tak sanggup nak menampak kan keburukan suami pada orang lain..

macam tu jugak dalam kes lain
selain suami isteri..
adik beradik mungkin.
dia akan kata "saya dan adik beradik sangat rapat,mesra.."
hakikat nye tuhan je yang tau..
bergaduh sakan.!

hipokrit kerana sayangkan ikatan itu mungkin..

Yaya Azura said...

jujur sejujurnya .. tapi adakalanya bila berdepan dengan perkara yg tak mampu untuk berkata benar ... hanya pendam dalam hati sbb tak mampu jugak nak hipo..

Misz-ella said...

@diana, ada cara utk menyatakan kebenaran, tanpa mengaibkan org tambahan pulak org2 tersayang. betul tak? tapi tak perlu lah kita bercerita seolah-olah hidup kita terlalu sempurna, terlalu lengkap. Mana ada ciptaan Tuhan yg sesempurna itu? Hipokritlah org camtu, kan dik??

Misz-ella said...

@Yaya Azura, kc setuju dgn cara yaya. lebih baik berdiam diri dari mejadi 'hipokrit'dan berpura-pura.

risa said...

macam ni lah roda hidup kite kan..suka duka hanya kite dan org2 sekeliling kite je tau kan kan kan

Anonymous said...

jadi hipo pun x nak..bluehyypo pun takmau..

KC, cantik x header baru sy?? any komplen or compliment?? ecewah!

!eNa PnG said...

betul tue..


Hidup kita nie sama saja... walaupon orang nampak kita mcm cool jer,tapi orang tak tahu apa sebenarnya yang kita lalui.. jadikan pengalaman hidup sebagai panduan untuk kita dan orang lain... happykan mereka..:)

mizayusof said...

betul tu kak chik. miza setuju. hidup kita umpama roda. adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah.

"Yang membezakan ialah jati diri kita sendiri" setuju :)

Lydia Miza said...

sis..adaik pun x mo hipo,adik jugak tak mau jd hippo dlm beberapa bulan lg ni..huhu

Adinda Amy Sensei said...

jujurlah dalam persahabatan....hehe

::Budak Degil:: said...

honest being the perfect life...tp kdg2 tepakse hipo jugak...huu

Rose kakrose said...

sikap hipo memang ada dlm diri kita..cuma kekadng tak sedar.
terutama dlm hubungan keluarga..walau tak suka..terpaksa tunjuk suka..demi menjaga hati sebelah pihak..

Ahmad Hamzah said...

betul tu, org mati je yg xde masalah donia ni. bosan kalau org jnis hipo nihh

Mama Zharfan said...

jujur :)
hipo utk tak melukakan hati org--tp berpada2 :)

alexayussida said...

kadang2 manusia bersikap hipo utk menenangkan hati sndiri walaupon die tahu benda tu lama kelamaan akan buat org muak ngn sikap die..huhu

Woofer Storm said...

hdp tanpa masalh ini pun tidak best juga,tapi persoalan ada ke hidup tanpa masalah??setiap ujian yang allah bagi tu pasti ada hikmahnya,nak tahu takat mana kekuataan kita sbgai hmbanya.. so hidup tanpa masalh pun tak guna juga.hheeee

azzey said...

Saya pon x sker hipo kc..:)

Ct Arina said...

menyusahkan diri je jadik hipokrit ni. jujur yg sebaiknye =) rina pn suke merah! sameeeee ehe^^