Entahlah kenapa. Lately kesesakan lalulintas along Laluan Persekutuan Sg. Buloh makin menjadi-jadi. Nak kata jalan kecik, sudah dilebarkan. Hmmmm .. cam fobia je nak pegi kerja. Just imagine 25km perjalanan from my house to the office yang biasanya cuma setengah jam, sekarang dah ganda 3!! Semalam lagi teruk, sesaknya sampai Kg. Paya Jaras. Kalo tak kuat semangat, nak je aku patah balik. Hihi ..
Akhirnya terpaksa ambik NKVE keluar tol Duta, pastu ambik pulak Lebuhraya Duke turun Jalan Kuching, patah balik ke Segambut. Gila weih .. Perjalanan yang sepatutnya 25km bertambah jadi ratusan km, masa yang sepatutnya cuma 25 minit bertambah jadi ganda 3!! Petrol pun bertambah. Duit tol lagi?? Aduhai .. patut la kawan aku yang dah berpindah ke Alor Setar takmo duk KL lagi. Stresss ... katanya. Kos sara hidup tinggi, kualiti hidup tak ada. Mana nak ada kualiti kalo ari-ari jumpa jem kat jalan. Sampai ofis dah lambat dan penat .. kepala pun dah ting tong. Betul jugak cakap kawan aku tu eh .. Tak pa lah hang dok la Alor Setaq tu. Aman damai sikit bandingkan dengan KL ni. Hihi ..
Balik rumah pun camtu .. dengan traffik jem, sampai rumah dah lambat dan penat. Nak masak lagi .. nak tengok anak kecik lagi .. nak tengok kerja sekolah anak lagi .. nak kemas rumah lagi .. Walaupun tak terjadi kat aku sebab anak aku cuma sorang dan dah besar, but i can imagine how's their life. Sabar je la ye kwn-kwn. Cabaran tu. Hadapi je dengan ketabahan dan "senyuman". Hihi ...
Jalan Utama Sg. Buloh - Punya la padat. Lama stop kat sini sampai aku sempat ambek gambar. Hihi ..
Belah kanan tu ke Damansara Damai. Patutnya aku ambek jalan tu but i chosed Highway. Nak elak traffik jem la kononnya.
Ambek kau .. Jem gila!! Sabar je la aku saat-saat camni.
Masih jem lagi lepas bayar tol Duta. Masa ni rasa nak nangis dah. Haih .. nak gi keja pun mcm nak gi berperang .. kena jumpa mcm-mcm kat jalan dulu. Cabaran betul la.
Kuat .. kuat .. Kita kena kuat.
Chewah .. ari-ari pujuk diri walhal tiap2 malam sebelum tido mesti fobia kenangkan ""haih .. camana lah esok pagi?"" Hihi ..
Sudahnya aku sampai ofis pukul 9:50 pagi. Molek sangat la tu. Haiyo ..
49 comments:
takut sungguh yer jalan raya di KL..kena kuat tekanan~
hahahah....sori la tergelak..=)
hi sis my dear prenz..i miss u...
jammed..huhu perkara yang paling menensionkan eida bila drive...xsuka..tapi wat to do e2 lah kl kan..*walaupun sebenarnya tempat kita bukan dekat tengah2 kl..*
hmmmm.... mmg gitu adat di kl, kalau x jem, bkn kl nama nyer...hehehehe
naik motor kakchik.. jem pon leh selit2..
ambo doh rase dok area KL dolo2..
org cakap tua atah jalan ajo..huhu..jika setahun tu..6 bulan atas jalan..
skrg dok kuantan..berdesap desup bawa kete sb xjem..hehee..nk gi skol saya tu..5 mnit je..walau jarak dekat 8km..hehe..
sobar je yer KC..
seb baik saye dok dalam utan...kalo idak mesti stress nengok jem2 neh..boleh habis dua buku roti gamaknya..hehehe
walau sesekali drive kat kl..tapi stress saya mengalahkan org yang drive hari2 kat sana..
aduh... kngh bersyukur sesangat duk kt lost world ni.. mmg sah2 xder jem.. :P
Sesaknya. kepadatan penduduk yang terlalu ramai. tak boleh bayanglah macam mana satu hari nanti kalau miza bekerja kat KL, mesti masa banyak dihabiskan di jalan raya.
jom la KC kita pindah singapore..eh!
pagi td kat NKVE ade eksiden moto..pergh! tak sanggup nak tengok lelaki tu dah terbaring atas jalan..x tau kesudahan nasibnya..tsk!
kat KL kalau jem tak pelik tapi menjadi luar biasa bila tak jem. ari nie jumaat, kebiasaannya akan jem teruk di mana2 laluan pun. di nasihatkan agar membawa roti lebih sket....boleh di manfaatkan. hihihi
Isk..memang kena betul2 kuat jiwa dan kesabaran nih. Klu mak, rasanya tiap2 ari menambah dosa memaki hamun org *dalam ati la*
Isk..isk..isk..
waaa tenson kan kakchik kalau hari2kena tempuh jem ni..
tambah risau kalau kena tempuh jem time cirit birit..haru huhu
bhye2!!!msti tension kan....
bila dah melalui mcm2 hal
sampai opis pun dah tadak mood kan..
sg buloh mmg jem teruk na..
aduhai..nasib baik saya tak terkategori org yg selalu terperangkap dlm jem..10minit ikut jalan biasa+10minit ikut elite = smp umah..
hidup di kl memang kena banyak sabar sebab dugaan ada jer kan kak..apa pun nak tak nak kena gak teruskan..kak kalau tak nak jem kita naik motor nak angah rempat hehehee
kak chik..
segambut kat mane? orang dkt plaza sri sinar...
assalamualaikum..
first timer singgah cini dan folo blog ini..
saya suke tgk semua pic tue..jelas tahap profesionalismenya
heheh ingatkan kc citer psl traffic blog :p
kat kajang ni pon jem giler kc ...:(
KakChik duduk Sg Buloh ker? Area maner?
hahah.. kan rina da cakapppp kc kene kua umah kul 6 pagi.. hakhak ;D
@Asna, kena kuat semangat dok kl ni dik.
@Ujang, ko gelakkan akak lmbt eh? haha ..
@Purplelicious, miss u too.
@MelatiQistina, jom nek helicopter. hihi
@Daddydian, kc ni naik beskal pun tak lepas .. inikan pulak moto!! haha
sarah-najwan, btl ckp awak. menyiksakan!!
@risa, nk join duk dlm hutan bole? hihi
@norh, betul3.
@kakngah, nak join kak ngah la kat dunia yg hilang tu. hihi
@Miza, tu la. org kata bila jem brmakna ekonomi baik. hmmmm ..
@eelobor, sambil jem mkn roti. hahaha
@mdt, jom2. singapore tak jem. besh!! hihi
@Lagenda, dh tk trdaya nak maki dah mak .. dh sebati. hihi
@qemaishak, mmg tension tensi. hihi
@nurayuni, tension + tensi. critical eh?? hihi
@Ati, btl sgt2 tu ati.
@Angah syg, wah .. terus tkar imej jd ella rempit. hahaha
@MamaYatie, awak beruntung!!
@Pija, kita neighbour rupanya. hihi
@sahromnasrudin, tqvm. really appreciate.
@MamaZharfan, blm layak lgi nak cite psl tu. hihi
@azzey, kajang yg dulu tenang skrg dah mula jem ye? aduhai ..
@Alin Marlini, Saujana Utama. U?
@cTarina, mati la kena bangun pagi2 camtu. huhu
ngeri,menci.well,what to do... :(
tiap2 weekdays ngadap ni
Post a Comment