Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Sorry, i have to let you go

Mengimbau kenangan lalu .. Antara penghujung tahun lepas dan awal tahun ini. Telah terjadi satu peristiwa yang betul-betul melukakan, mencalar hati dan perasaan till i have to let it go.

Bukan mudah melepaskan ia pergi. Aku manusia biasa ciptaan Tuhan, sudah semestinya sifat ingin melakukan apa yang diingini dan dicintai sangat tinggi. Kalau lah boleh ku  turutkan rasa hati ... Tapi aku nekad bertahan. Walau hati meronta-ronta 'ingin' .. ku belai hatiku dengan pujukan dan kata-kata semangat serta motivasi. Ku pujuk hatiku agar tidak tunduk pada keinginan dan nafsu. Bukan mudah tapi aku bertekad untuk terus berpijak pada keputusan ku. Aku yang berpendirian .. aku yang mempunyai diri sendiri .. aku yang bukan 'lalang' dan aku juga bukan seperti segelintir mereka yang lidah bercabang Tidak putus-putus aku berdoa. Mohon diberi kekuatan, ketabahan untuk melawan keinginan demi prinsip yang ku pertahankan.

Till one day, entah dari mana datangnya kekuatan, pagi itu aku bangun dengan semangat yang baru. Tiada lagi kekesalan, kerinduan dan perasaan berbelah bagi pada saat itu. Ringan kepala .. ringan minda. Allah mendengar rintihan ku, hamba nya yang meminta. That day, i came out with this entry. 


Bila hari ini ku kenangkan kembali, terasa begitu indah kurniaan Tuhan pada kita. Diduga dengan kepahitan dan diberi ganjaran kemanisan akhirnya. "LIFE IS SWEET", kan. 


23 comments:

Qaseh Dalia said...

bezzz...
sesudah penderitaan pasti de kabhgiaan dah puas menderita hari ni nak hidup dlm kegembiraan je yeahhh

mizayusof said...

semua yang berlaku ada hikmahnya. percayalah bahawa disebalik penderitaan tersebut semestinya Allah menjanjikan kehabgian buat kita semua :)

JunAina said...

bila kita di uji pasti pada penghujungnya akan ada bahagia, akan ada sinar baru yang akan datang cuma cepat atau lambat sahaja selagi kita bersabar...

kakchik@ella...bahagia itu ada dalam diri ada dalam hati.

MamaYatie said...

tiap yg pahit pasti ada manisnya..yg penting sabar, berdoa byk2, tawakal & redha pd qada & qadar Nya

Ayuni said...

Sis, do the best!

Ellen said...

Tersentuh plak ngan entry akak ni...setiap yang datang pasti pergi dan relakanlah kepergiannya..huhu

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

setiap pertemuan ada perpiasahan.. tumpang emo jap :)

munna said...

bila dah luahkan semuanya ..mesti rasa puas dan beban dah dilepaskan ...
Yang pergi biarlah pergi...

AngahSayang2314 said...

akakku kenapa nie???meh sini angah pujuk bg apam...ala2 cian dia.....ok...ok...serius knp nie kak...sabar yer... setiap kemanisan pasti ada kepahitan...sabar yer kak..apa pun angah tetap di sisimu hehehe...oppsss bukan sisi di alam mayamu...

risa said...

biasalah tu kan dalam hidup mesti ada pasang surut..me too lah dear..start bulan januari je dah mcam2 benda happen to me until now..kat blog citer yg happy2 je..emmm

Unknown said...

kita insan yang lama menderita..
sekarang ingin kan kebahgian saja..
yang bikin pening2 kepala
kita campak entah kemana..
tak layan dah..

Ati Masrif said...

kekadang tu kena dengar juga
kata hati kan...
tengok mcm mana situasinya

moga apapun keputusan yg diambil
mendatangkan kebaikan n kebahagian..insyaAllah

Ujang9897 said...

erm..,
semoga KC terus bahagia..

kakngah said...

setiap apa musibah yg berlaku, pasti ada hikmahnya
bila kepahitan diberi, pasti kemanisan akan muncul..

Unknown said...

bak kata P Ramlee..barang yang lepas hai jangan dikenang wahai kakak ku :)

Unknown said...

yong pon sama kak..huuu..mcm2 dlm kehidupan ni. yg peritnye bila kena tggung sorg2~

Nazifa M.Zali said...

hidup itu indah untuk dikecapi.susah senang itu la roda kehidupan kan kak?eheee

Anonymous said...

apa yang jadi 4 sure ade hikmah di sebalik tuh dear sis...after all we will feel da relief.... =)

sarah-najwan said...

setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya..cepat atau lambat shj..

Ct Arina said...

everything happens for a reason. semoga kc hepi selalu k ^_^

aziz miring said...

friend, do the best

Woofer Storm said...

setiap yang berlaku psti ada hikmahnya sis..

azzey said...

Di sebalik setiap kesukaran ada kemudahan...